View: 6555|Reply: 0
|
MotoGP: Sut merah Ducati milik Marc Marquez
[Copy link]
|
|
MARC Marquez sah menyertai pasukan pengeluar utama Ducati dan akan bergandingan bersama Francesco Bagnaia musim depan. -AFP
PARIS, PERANCIS – Segala spekulasi mengenai masa depan Marc Marquez akhirnya terlerai selepas juara dunia MotoGP enam kali itu sah mengikat kontrak bersama pasukan utama Ducati bermula musim depan dan akan bergandingan dengan Francesco Bagnaia.
Walaupun belum memenangi perlumbaan sejak Oktober 2021, namun langkah Marquez meninggalkan Honda pada tahun lalu telah membuahkan hasil yang lumayan apabila memperoleh tempat duduk paling diidamkan di grid kelas perdana.
Impian Marquez untuk kembali menyertai pasukan utama terutama untuk menyarung sut merah Ducati akhirnya tercapai kerana tujuan utamanya adalah ingin mendapatkan segala keperluaan bagi membantunya kembali bergelar juara dunia.
Pada tahun depan, Marquez akan menggantikan tempat pelumba Itali, Enea Bastianini dengan kontrak dua tahun
“Saya sangat gembira dapat memakai sut warna merah pasukan Ducati MotoGP musim depan. Secara dasarnya saya benar-benar seronok menunggang jentera Desmosedici GP.
“Bermula saat itu, saya tahu bahawa matlamat saya adalah untuk meneruskan laluan ini terutama berpindah ke pasukan di mana Francesco Bagnaia telah menjadi juara dunia selama dua tahun berturut-turut.
“Saya gembira dapat mengorak langkah besar ini pada 2025 dan bersyukur atas kepercayaan yang diberikan Ducati kepada saya,” katanya yang kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 136 mata.
Sebelum ini, pelumba Pramac, Jorge Martin yang sedang mendahuli carta kedudukan dunia dengan 171 mata dikatakan semakin hampir untuk menggantikan tempat Bastianini di Ducati, namun secara tiba-tiba pelumba Sepanyol menentang arus menyertai pasukan Aprilia. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... milik-marc-marquez/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|