View: 3485|Reply: 0
|
[Johor]
Tukang masak kena jel 8 tahun, 5 kali sebat mengaku amang seksual budak perempuan
[Copy link]
|
|
MIN Teck dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas dipenjara lapan tahun dan lima sebatan. FOTO Alias Abd Rani
Muar: "Perbuatan kamu boleh meninggalkan trauma kepada terhadapnya (mangsa)," tegur Hakim Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan terhadap seorang tukang masak selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan, tahun lalu.
Tertuduh, Lim Min Teck, 24, yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, membuat pengakuan itu sejurus kedua-dua pertuduhan dibaca jurubahasa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 14 tahun ketika itu, di taman permainan dekat Taman Sri Saga, Batu Pahat, pada 11.30 pagi, pertengahan Oktober tahun lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Pertuduhan kedua pula, dia sekali lagi didakwa mengulangi perbuatan itu dengan memaksa mangsa melakukan oral seks dengan kejadian itu berlaku di sebuah kilang terbiar di Batu Pahat, 1.30 tengah hari, hujung Oktober tahun lalu.
Bagi kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (b) akta sama dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan.
Ketika prosiding menjatuhkan hukuman, Abu Bakar memberitahu, mahkamah akan mengambil kira beberapa faktor terutama membabitkan kepentingan mangsa dan awam.
"Sepatutnya kamu beri perlindungan mangsa sebaliknya menggunakan dia sebagai objek untuk ambil kesempatan. Kalau lihat fakta kes, wujud tiga elemen ke atas mangsa iaitu kekerasan, paksaan dan juga ugutan.
"Kamu paksa dia buat sesuatu malah ada ugutan untuk membakar rumahnya jika dia tidak mengikuti kamu." katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan mangsa membabitkan seorang pelajar bawah umur.
"Perbuatan dilakukan tertuduh keterlaluan, jelik dan meninggalkan kesan emosi kepada mangsa. Pihak pendakwaan juga mohon mahkamah mempertimbangkan hukuman memandangkan kes seksual membabitkan kanak-kanak semakin membimbangkan," hujahnya.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama dan lima tahun serta dua sebatan untuk pertuduhan kedua.
Namun begitu, mahkamah memutuskan hukuman penjara berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan, 26 Mei lalu.
Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang menjalani hukuman penjara serta pengawasan polis selama setahun sebaik selesai menjalani hukuman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... amang-seksual-budak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|