CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5653|Reply: 0

Arsenal, Man City raih pendapatan tertinggi

[Copy link]
Post time 3-6-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode

Manchester City yang tewas di tangan juara, Real Madrid di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, memperoleh 74.2 juta pound (RM445.1 juta)



LONDON: Lapan kelab Liga Perdana Inggeris dalam tiga pertandingan UEFA musim ini gagal mara ke final, tetapi empat pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah masih mendapat pulangan lumayan.

Manakala kelab yang beraksi di Liga Europa dan Liga Konferens Eropah turut memperoleh bayaran setimpal.

Berikut adalah pendapatan setiap kelab Inggeris yang beraksi di pentas Eropah musim ini.

Liga Juara-Juara Eropah


Arsenal memperoleh 63 juta pound (RM377.9 juta) walaupun tewas kepada Bayern Munich dalam pusingan suku akhir.

Manchester City yang tewas di tangan juara, Real Madrid di peringkat suku akhir, memperoleh 74.2 juta pound (RM445.1 juta).

Manchester United memperoleh pendapatan tambahan 41 juta pound (RM245.9 juta) selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot.

Newcastle United yang juga berada di tangga tercorot kumpulan, meraih 21.4 juta pound (RM128.4 juta).

Liga Europa

Brighton memperoleh 9.3 juta pound (RM55.8 juta) selepas beraksi buat pertama kali di pentas Eropah, menamatkan saingan sebagai juara kumpulan tetapi tersekat di tangan Roma pada peringkat kalah mati.

Liverpool yang dikejutkan oleh juara, Atalanta di suku akhir, menerima 12.4 juta pound (RM74.4 juta), tetapi akan kembali menyertai Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

West Ham di bawah kendalian David Moyes meraih 11.8 juta pound selepas mara ke separuh akhir, tetapi juara Jerman, Bayer Leverkusen menghalang kemaraan mereka.

Liga Konferens Eropah

Kekalahan Aston Villa kepada Olympiacos di separuh akhir melayakkan mereka untuk menerima 8.9 juta pound (RM53.4 juta). Jumlah lebih tinggi bakal menanti musim depan apabila mereka layak menyertai Liga Juara-Juara Eropah selepas menamatkan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... endapatan-tertinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.057035 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list