CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4128|Reply: 0

Fenerbahce sambut Mourinho seperti menang piala

[Copy link]
Post time 3-6-2024 12:28 PM | Show all posts |Read mode

Jose Mourinho disambut ribuan peminat Fenerbahce ketika majlis memperkenalkannya sebagai pengendali baharu di Stadium Sukru Saracoglu, Istanbul. - Foto AFP



ISTANBUL: Jose Mourinho secara rasminya kembali membimbing pasukan selepas menandatangani kontrak bersama kelab Turkiye, Fenerbahce.

Pengendali dari Portugal itu, yang dipecat oleh Roma pada Januari, diperkenalkan oleh kelab Turkiye itu semalam.

Ribuan peminat membanjiri Stadium Sukru Saracoglu untuk menyambut Mourinho, malah dia turut dipeluk di atas pentas sebaik pelantikannya disahkan kelab.

Sambil mengangkat jersi Fenerbahce, Mourinho berkata: "Jersi ini adalah kulit saya sekarang. Impian anda kini impian saya."

Mourinho tidak menyembunyikan destinasinya ke Fenerbahce yang menamatkan liga Turkiye di tempat kedua, di belakang Galatasaray walaupun mengumpul 99 mata.

Ketika menjadi pengulas aksi final Liga Juara-Juara Eropah di Wembley, Mourinho sempat berseloroh ketika menemu bual bintang Real Madrid, Jude Bellingham.

Menurut Mourinho, pemain England itu perlu mengikutnya ke Fenerbahce, namun jika tidak, dia mengharapkan Bellingham jangan terlalu 'keras' dengan kelab Turkiye itu jika mereka bertembung di Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Mourinho mempunyai misi untuk mengembalikan kegemilangan kelab dari Istanbul itu. Dia hanya gagal memenangi trofi dalam satu daripada tujuh tugas terakhirnya sebagai pengendali - di Tottenham.

Dia memenangi pelbagai gelaran liga sepanjang kariernya, di England bersama Chelsea, Inter Milan di Itali, dan di Sepanyol bersama Real Madrid. Dia turut menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah bersama Inter pada tahun 2010. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... eperti-menang-piala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.035783 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list