View: 3665|Reply: 0
|
Itali sedia lakar kejutan lagi
[Copy link]
|
|
PASUKAN Itali ketika meraikan kejayaan memenangi Euro 2020. FOTO EPA
Rom: Juara bertahan, Itali, tampil pada Euro 2024 tanpa selaku pasukan pilihan utama, tetapi penyertaan mereka di kejohanan besar tidak boleh dipandang mudah, terutamanya jika dapat melepasi peringkat kumpulan yang mencabar.
Itali tampil di Euro 2020 selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia sebelum itu dan mereka memasuki kejohanan tahun ini dalam situasi yang sama.
Berbeza ketika kelayakan Euro 2020 yang menyaksikan mereka melakar 10 kemenangan daripada 10 perlawanan, kali ini mereka mengharungi kempen kelayakan yang sukar.
Itali mengalahkan England menerusi penentuan penalti untuk memenangi Euro pada edisi terakhir tetapi apabila kedua-dua pasukan bertemu di kempen kelayakan, Itali kalah kedua-dua pertemuan itu.
Kesukaran Itali di kempen kelayakan meletakkan mereka sebagai pilihan terakhir ketika proses undian apabila diletakkan bersama Sepanyol, Croatia, dan Albania dalam Kumpulan B.
Spalletti, yang membawa Napoli memenangi gelaran Serie A pertama mereka sejak 1990 musim lalu, mengambil alih sebagai pengurus apabila Roberto Mancini meletakkan jawatan pada Ogos tahun lalu.
Beliau tidak mempunyai masa untuk melakukan perubahan drastik, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada keputusan dan kempen kelayakan namun dapat menghidupkan semula semangat berpasukan.
Masalah utama Itali sejak kebelakangan ini adalah di bahagian serangan sehingga menyebabkan mereka memanggil Mateo Retegui yang dilahirkan di Argentina.
Walaupun pemain berusia 25 tahun itu sudah menjaringkan empat gol dalam enam penampilannya, penyertaannya belum terjamin di pentas tertinggi.
Pemain paling memberi ancaman kepada lawan di kempen kelayakan adalah Davide Frattesi yang muncul penjaring terbanyak Itali dengan tiga gol.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -lakar-kejutan-lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|