View: 2844|Reply: 0
|
MotoGP: Marquez tolak jika ke Pramac
[Copy link]
|
|
MARQUEZ mengakui hanya akan menerima tawaran daripada pasukan utama dan menolak untuk menyertai pasukan satelit. - AFP
MUGELLO, ITALI – Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez menyebut bahawa pasukan Pramac Ducati bukan pilihan utama ketika ini kerana misinya adalah memburu tempat menyertai pasukan utama.
Pelumba Sepanyol itu yang telah menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing telah memperagakan aksi cukup baik dalam enam pusingan perlumbaan apabila berada di pentas podium buat kali ketiga berturut-turut.
Aksi cemerlang tersebut telah menarik beberapa nama pasukan lain antaranya Yamaha, KTM, Aprilia mahupun pasukan satelit Ducati.
Justeru, Marquez merasakan adalah penting baginya untuk menyertai pasukan utama bagi memudahkannya mendapat pelbagai kemudahan tanpa batas dan pada akhirnya membantu untuk memburu gelaran dunia sekali lagi.
Ketika ini, Marquez disebut untuk mengambil alih tempat Jorge Martin di Pramac selepas pelumba Sepanyol itu disebut akan menyertai pasukan utama Ducati untuk menggantikan tempat Enea Bastianini.
“Pada masa ini, Ducati tidak memberitahu saya sebarang keputusan. Tetapi, dalam apa keadaan sekali pun saya akan memberikan 100 peratus di dalam litar.
“Jika saya kekal dengan prestasi terbaik, saya akan mempunyai lebih banyak peluang atau lebih banyak peluang untuk menyertai pasukan berbeza.
“Pramac adalah pasukan yang sangat bagus seperti yang ditunjukkan Martin. Mereka mempunyai potensi besar, tetapi Pramac bukan pilihan untuk saya.”
“Sudah tentu, apa yang saya cari adalah berada dalam pasukan kilang (utama). Jika anda ingin memperjuangkan kejuaraan, anda perlu bersedia dalam semua aspek dan mencari kemudahan tanpa batasi,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... lak-jika-ke-pramac/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|