CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3853|Reply: 0

FAM puji prestasi pengadil guna VAR

[Copy link]
Post time 28-5-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode

Pengadil perlawanan, Ahmad Zuhadi Dzulkifli meneliti Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas pemain Sabah FC, Darren Lok menjaringkan gol pertama pasukan ketika menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas. - Foto NSTP/MOHD ADAM ARININ

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan prestasi pengadil ketika menggunakan video bantuan pengadil (VAR) sehingga perlawanan ketiga Liga Super setakat ini membanggakan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, pengadil ditugaskan mengikut protokol Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dengan setiap langkah dan keputusan dibuat selaras dengan ketetapan dalam Protokol VAR dan platform 'Implementation Assistance and Approval Programme' (IAAP).

Malah, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa FAM menegaskan badan induk itu sentiasa mengambil berat mengenai prestasi pengadil dan kepatuhan terhadap protokol VAR FIFA dan Undang-undang Permainan FIFA 2024/2025.

"Unit Pengadil FAM membuat analisis prestasi pengadil bagi 15 perlawanan yang menggunakan VAR dan analisis mendapati sebanyak 11 'On Field Review' (OFR) dilakukan dengan purata OFR 0.73 satu perlawanan.

"Angka ini menunjukkan keberadaan semasa pemahaman protokol VAR yang dimiliki oleh pengadil di Liga Malaysia (Liga M). Bola sepak moden lebih mirip kepada kelancaran perlawanan dan OFR yang melebihi purata 3 dalam satu perlawanan akan memberi gambaran yang buruk kepada prestasi pengadil.

"Inilah penanda aras yang sedang digunakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA bagi menilai keberkesanan penggunaan teknologi VAR. Sementara purata Tambahan Masa bagi setiap perlawanan adalah sebanyak 9.94 minit.

"Analisis perlawanan jelas menunjukkan bahawa prestasi pengadil setakat Hari Perlawanan 3 berada pada satu tahap yang cukup membanggakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Sivasundaram menegaskan tidak semua insiden yang berlaku di atas padang memerlukan pengadil untuk melakukan semakan semula atau 'on field review' (OFR).

Sebaliknya, beliau menyatakan semakan video OFR hanya dibuat bagi keputusan perlawanan yang membabitkan ruang untuk tafsiran.

"Ini bermaksud, bukan semua insiden yang mana pengadil wajib melakukan OFR atau semakan video di sisi padang permainan.

"Kebanyakan insiden adalah disemak oleh VAR dan insiden yang membabitkan fakta tidak memerlukan OFR atau semakan video kecuali dalam situasi-situasi tertentu sahaja 'sell the decision'," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-pengadil-guna-var
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.032407 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list