CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6192|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap akan dimaklumkan kepada SPR esok

[Copy link]
Post time 24-5-2024 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap akan dimaklumkan kepada SPR esok

Oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI24 Mei 2024 07:05pm








Kon Yeow (tengah) bersama beberapa pemimpin negeri turut hadir di rumah Allahyarham Nor Zamri untuk memberi penghormatan terakhir.




NIBONG TEBAL - Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan memaklumkan kekosongan kerusi bagi DUN Sungai Bakap kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu.

Ia berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya pada petang Jumaat.



Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, semua urusan akan diserahkan kepada SPR berhubung kekosongan kerusi berkenaan.

"Setiausaha DUN akan memaklumkan kekosongan dalam DUN kepada SPR esok.



"Selain itu, kita serah kepada SPR (untuk membuat keputusan) selari dengan Perlembagaan dan undang-undang," katanya ketika ditemui di pekarangan Tanah Perkuburan Islam Sungai Acheh dekat sini pada Jumaat.


Jenazah Nor Zamri selamat dikebumikan pada jam 6.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Sungai Acheh pada Jumaat.




Kon Yeow sebelum itu turut merakamkan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nor Zamri di atas kematiannya.
"Saya ingin merakamkan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Nor Zamri.




"Kita baru kenal selepas PRN Ogos lalu dan baru sempat bersidang sekali sahaja. Namun kita menerima hakikat (terhadap kematian ini)," tambahnya.

Nor Zamri menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.38 petang dan jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Acheh untuk penghormatan terakhir sebelum disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh pada jam 6.30 petang yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak turut hadir di Masjid Sungai Acheh untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Selain itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek serta beberapa pimpinan negeri antaranya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, Timbalan Speaker Pulau Pinang, Datuk Datuk Azrul Mahathir Aziz, Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, H'ng Mooi Lye dan Choon Aik juga hadir.

Kon Yeow dan pemimpin negeri lain juga mengiringi jenazah Nor Zamri yang diusung dari rumahnya sejauh kira-kira satu kilometer ke masjid sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Acheh.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.029510 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list