CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6283|Reply: 0

[Kedah] Pihak masjid nafi tidak ambil berat kepada pasangan ditular

[Copy link]
Post time 24-5-2024 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Pihak masjid nafi tidak ambil berat kepada pasangan ditular


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



MUHAMMAD Hazamer bercakap kepada pemberita. FOTO Wan Nabil Nasir





Kuala Kedah: Pengurusan Masjid Al Maarufi Seberang Kota, di sini menafikan dakwaan orang ramai mengatakan mereka tidak mengambil berat terhadap pasangan yang ditular kerana membawa anak sakit menunggang motosikal ke hospital, baru-baru ini.

Pengerusi Qariah masjid itu, Muhammad Hazamer Muslim berkata, sebelum ini pihak Masjid sudah beberapa kali menyalurkan bantuan kotak makanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kepada lelaki berusia 35 tahun itu yang tinggal bersama ibunya yang menghidap angin ahmar.

Beliau berkata, selain bantuan makanan, pihak masjid pernah memberi bantuan kerusi roda kepada ibu lelaki berkenaan selain bantuan luar yang diberikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) atau individu lain.

"Kami sentiasa mengambil berat hal lelaki berkenaan yang menjaga ibunya sebelum wanita ini tinggal bersama sejak tahun lalu," katanya.

"Bagaimanapun, pasangan ini terpaksa difaraqkan (dipisah) sementara hari ini sehingga mereka selesai melengkapkan dokumen dan saya akan bantu untuk proses pernikahan mereka.

"Wanita berusia 35 tahun itu mempunyai empat lagi anak hasil perkahwinan sebelum ini namun tiga daripadanya tinggal bersama ibunya di kampung berhampiran di sini," katanya ketika ditemui di masjid itu, hari ini.

Katanya lagi, anak keempat dan anak bongsunya yang menghidap paru-paru kronik ini adalah anaknya bersama lelaki terbabit tinggal di taman perumahan ini
.
Katanya, namun, pasangan itu terpaksa difaraqkan sehingga masalah berkaitan hal peribadi mereka di pejabat agama selesai.

"Kami bersedia membantu mereka untuk urusan pernikahan dan sebagainya supaya masalah mereka dapat diselesaikan segera," katanya.

Menurutnya, pihak masjid tidak kisah berkaitan bantuan yang diterima pasangan itu kerana itu adalah rezeki anak mereka.

Katanya, pihak jawatankuasa masjid itu mengadakan perbincangan sejurus selepas kisah pasangan itu dan anak mereka ditular di media sosial Ahad lalu sehingga ada yang mempersoalkan pihak masjid tidak mengambil tahu.

"Mereka tinggal di situ sudah lama dan sudah menjadi kewajipan kami untuk membantu mana yang patut atau tidak," katanya.



Disiarkan pada: Mei 24, 2024 @ 6:25pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.038046 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list