CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6156|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Semua orang cakap yang baik-baik saja mengenai arwah' - Dr Halimah

[Copy link]
Post time 24-5-2024 06:07 PM | Show all posts |Read mode
'Semua orang cakap yang baik-baik saja mengenai arwah' - Dr Halimah


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



DR Halimah (tengah) hadir di Unit Forensik HSJ selepas mendapat berita kematian Nor Zamri. FOTO Nur Izzati Mohamad





Butterworth: "Dia (Nor Zamri) seorang yang baik hingga semua orang hanya bercakap yang baik saja mengenai dirinya," kata Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali.

Dr Halimah hadir di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, selepas mendapat perkhabaran mengenai berita pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff yang menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 tengah hari tadi.

Menurutnya, semua yang mengenali arwah menyifatkan kebaikan yang dilakukan Allahyarham sepanjang hayatnya walaupun dalam tempoh perkenalan singkat.

"Semoga dengan kebaikannya ini mendapat rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beramal soleh," katanya ketika ditemui di luar perkarangan unit forensik HSJ, di sini, hari ini.

Sementara itu, usaha pihak media menemubual keluarga Allahyarham tidak berjaya memandangkan kesemuanya masih bersedih atas pemergian mengejut itu.

Jenazah dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa keluar jam 4.38 petang untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal, jam 6 petang ini.

Terdahulu, Nor Zamri, 56, disahkan meninggal dunia selepas lebih tiga minggu menerima rawatan di ICU HSJ.

Pada 1 Mei lalu, media melaporkan Nor Zamri yang mengalami komplikasi di bahagian perut mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB) sebelum dipindahkan ke HSJ.

Beliau kemudian ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran ahli keluarga.

Nor Zamri atau lebih dikenali YB Abang Zam dipilih mewakili penduduk Sungai Bakap selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose, selepas meraih 15,433 undi.



Disiarkan pada: Mei 24, 2024 @ 5:37pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036790 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list