CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9522|Reply: 0

Man City tetap juara jika tiada VAR

[Copy link]
Post time 21-5-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium Etihad, Manchester. - Foto REUTERS

LONDON: Sekiranya Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak digunakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, Manchester City tetap akan bergelar juara liga.

Kesemua 20 kelab akan mengundi bulan depan bagi menentukan sama ada VAR akan kekal atau dimansuhkan selepas beberapa keputusan pengadil mencetus kontroversi dan badan pengadil, PGMOL terpaksa memohon maaf.

Pengendali pasukan dan pemain-pemain mempunyai pendapat tersendiri berkenaan teknologi bantuan video itu dan berikut adalah kedudukan sebenar setiap pasukan jika VAR tidak memainkan peranan musim ini.

Kedudukan beberapa kelab akan berubah di penghujung musim dengan Newcastle antara pasukan yang akan menamatkan saingan di kedudukan lebih baik.


Newcastle menamatkan kempen sebenar di tangga ketujuh dan masih berpeluang layak ke Liga Europa musim depan, dengan syarat Manchester United gagal menewaskan Manchester City pada final Piala FA, Sabtu ini.

Bagaimanapun kedudukan lima pasukan teratas dan tiga pasukan tercorot tetap tidak akan berubah jika tiada campur tangan VAR.

Kedudukan Liga Perdana Inggeris musim ini tanpa VAR

1. Man City (91 mata)

2. Arsenal (+1 = 90 mata)

3. Liverpool (-1 = 81 mata)

4. Aston Villa (+4 = 72 mata)

5. Tottenham (+2 = 68 mata)

6. Newcastle (+1 = 61 mata)

7. Chelsea (-2 = 61 mata)

8. Man United (+1 = 61 mata)

9. West Ham (+3 = 55 mata)

10. Brighton (+5 = 53 mata)

11. Crystal Palace (+2 = 51 mata)

12. Bournemouth (+3 = 51 mata)

13. Wolves (+3 = 49 mata)

14. Fulham (-3 = 44 mata)

15. Brentford (39 mata)

16. Everton (-3 = 37 mata)

17. Nottingham Forest (-3 = 29 mata)

18. Luton (+3 = 29 mata)

19. Burnley (-2 = 22 mata)

20. Sheffield United (16 mata)

- AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... uara-jika-tiada-var
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072290 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list