CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6718|Reply: 0

Adam gembira cetus kebangkitan Sri Pahang

[Copy link]
Post time 21-5-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

AKSI pemain pertahanan Sri Pahang FC, Adam Nor Azlin (kiri). -FOTO Sri Pahang FC

Kuantan: Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Adam Nor Azlin bersyukur kerana jaringan pada babak kedua ketika seri 2-2 berdepan Kuching City FC (KCFC) kelmarin, pencetus kebangkitan skuad itu.

Adam yang bersama skuad Tok Gajah bagi musim 2024/2025 berterima kasih di atas komitmen untuk memastikan Sri Pahang tidak pulang dengan tangan kosong di Kuching.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kerana jaringan pertama dan disusuli gol penyamaan Manuel Hidalgo membantu mengikat Kuching City di tempat lawan.

"Ini kerana selepas ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, kami memang berusaha untuk mencari gol awal pada babak kedua bagi menaikkan moral semua pemain.


"Alhamdulillah ia berhasil dengan dua gol penyamaan yang memberikan lebih keyakinan dan memastikan skuad Tok Gajah beroleh keputusan terbaik," katan pemain berusia 28 tahun itu.

Pada perlawanan kelmarin, KCFC mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Tchetche Kipre pada minit ke-19 dan Jordan Mintah di hujung separuh masa pertama.

Namun, skuad kendalian Fandi Ahmad tampil dengan corak permainan lebih kemas apabila Adam mengurangkan defisit pada minit ke-62 sebelum Manuel Hidalgo berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-78.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... angkitan-sri-pahang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.218289 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list