CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2114|Reply: 0

[Kelantan] Lebih 10 kali diserang ‘abang besar’ dalam lima bulan

[Copy link]
Post time 19-5-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode

Selain tanaman, gajah liar turut memusnahkan rumah diperbuat daripada buluh di Gua Musang baru-baru ini.

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Tendrik, Pos Bihai di sini terpaksa menanggung kerugian besar selepas kawasan kebun mereka diceroboh gajah liar dan kera hampir setiap bulan sejak awal tahun ini.

Situasi itu menyebabkan ada penduduk yang tidak dapat turun ke kebun kerana bimbang dengan ke­selamatan diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Bihai, Pelinejon Assut berkata, kejadian serangan haiwan liar itu semakin kerap berlaku sejak kebelaka­ngan ini sehingga memusnahkan tanaman pisang, ubi kayu dan betik milik penduduk.

Menurutnya, dalam masa lima bulan, lebih 10 serangan berlaku di kampung itu sekali gus memberi kesan kepada pendapatan dan sumber makanan penduduk.

“Kami sedih kerana tanaman yang dirosakkan sudah membuahkan hasil dan hanya me­nunggu masa untuk dituai.


Tanaman pisang milik penduduk Orang Asli yang dimusnah gajah dalam kejadian di Kampung Tendrik, Pos Bihai, Gua Musang semalam. – IHSAN ORANG ASLI

“Baru-baru ini hampir 100 ekor beruk liar datang mengganggu tanaman. Kami takut untuk menghalaunya kerana haiwan itu datang secara berkumpulan selain ganas,” katanya ketika ditemui semalam.

Pelinejon memberitahu, di­sebabkan kejadian itu, ada penduduk yang berputus asa untuk bercucuk tanam.

Sementara itu, penduduk, Adi Along, 78, berkata, dalam kejadian terbaharu pukul 7 pagi semalam, dia mengesan kehadiran gajah liar di kebun pisangnya.

“Rumah buluh di kebun saya turut dirosakkan. Anak saya sempat merakam kelibat gajah. Kami berhasrat untuk mengutip pisang pada hari kejadian, nampaknya tanaman tersebut semuanya sudah musnah angkara gajah liar,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... r-dalam-lima-bulan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.075722 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list