CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5291|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli peluk Islam kerana Muallim JHEIK

[Copy link]
Post time 16-5-2024 11:43 AM | Show all posts |Read mode

Mohd. Alwi (kiri) tidak mengenal erti putus asa untuk menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk di perkampungan Orang Asli di Pos Balar sepanjang 14 tahun berdakwah.

GUA MUSANG – Seorang guru agama tidak mengenal erti putus asa untuk menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk di perkampungan Orang Asli walaupun pernah dipulau golongan berkenaan sepanjang 14 tahun berdakwah.

Mohd. Alwi Ismail, 41, berkata, dia bertugas menyampaikan dakwah di Pos Balar di sini, yang mempunyai penganut Islam minoriti.

Petugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan itu berkata, pelbagai pengalaman diperoleh termasuk meredah perjalanan lebih 300 kilometer dari Kota Bharu ke Pos Balar.

“Saya bersama dua lagi guru agama akan menunggang motosikal jenis Honda EX5 meredah jalan balak dan sungai selama lima jam untuk ke Pos Balar.

“Kami pernah terserempak dengan beruang dan gajah dan tinggal di kampung mereka selama tiga minggu untuk mengajar Fardu Ain, Iqra dan amali solat,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mohd. Alwi, dia tidak pernah patah semangat dan puas dapat membimbing lebih 300 penduduk Orang Asli kepada Islam.

Tambahnya, kehadiran mereka pada awalnya tidak diterima pada 2010 apabila penduduk bertindak mengurung diri dalam rumah kerana tidak mahu terima orang luar.

“Saya belajar bahasa kaum Temiar dan selepas tujuh bulan, kami semakin diterima dan serasi dengan mereka,” katanya.
Ujar Mohd. Alwi, ketika ini terdapat Orang Asli yang bukan beragama Islam turut menunjukkan minat untuk belajar apabila berkunjung ke masjid di Kampung Perawas, Pos Balar.

“Penduduk di situ ada 1,000 orang dan baru-baru ini 16 orang lagi sudah peluk Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... rana-muallim-jheik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 5.186237 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list