CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3242|Reply: 0

[Selangor] Kerajaan negeri laksanakan tindakan segera di kawasan tanah runtuh Jalan Sungai Lalang

[Copy link]
Post time 14-5-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode

IZHAM memuat naik gambar keadaan tanah runtuh di Jalan Sungai Lalang. FOTO Facebook Izham Hashim

Shah Alam: Kerajaan negeri sedang melaksanakan penyelarasan awal dan tindakan segera di kawasan tanah runtuh di Jalan Sungai Lalang, Semenyih bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan sekitar.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata pemakluman awal notis penutupan jalan, juga dinaikkan pada persimpangan menghala ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerusi Jawatankuasa Kemajuan Infrastruktur negeri bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), turut mengenal pasti beberapa cadangan tindakan awal yang boleh dilaksanakan di kawasan itu, antaranya membuka laluan alternatif sementara merentasi kawasan tanah persendirian berdekatan.

"Selain itu, operator lori sampah MPKJ turut menawarkan untuk pembinaan pembentung sementara di laluan tersebut dan perkara berkenaan juga sedang diteliti," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.


Izham berkata, sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Izham menerusi hantaran itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan itu sehingga menyebabkan jalan terputus dari kedua-dua arah, petang tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tanah-runtuh-jalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048950 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list