CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5162|Reply: 1

Hutang RM7 juta, Datuk Red baru bayar RM30,000

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode
BEKAS suami Adira, Datuk Red sanggup berniaga kecil-kecilan demi melunaskan hutang berjumlah RM7 juta.





PETALING JAYA – Bekas suami penyanyi Adira, Datuk Red tidak malu bergelar peniaga kecil-kecilan biarpun sebelum ini dia aktif dalam bidang jualan hartanah yang rata-rata mampu meraih keuntungan ribuan ringgit.

Kata Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, dia sedar keadaan semasa yang terhimpit dengan bebanan hutang sehingga mencecah RM7 juta membuatkan dirinya tidak terlalu memilih.

“Sekarang saya menjual kopi, sambal, baju dan minyak wangi. Berniaga juga secara kecil-kecilan dan kadangkala di tepi jalan, berdiri tengah panas atau menyertai bazar di seluruh negeri.

“Berbeza dahulu saya aktif dalam bidang hartanah, tetapi saya sedar keadaan yang tiada modal jadi tidak mengapa mula dari bawah semula dan tidak berasa malu bergelar peniaga kecil-kecilan.

“Memang ada impian untuk terlibat lagi dalam bidang hartanah, tetapi saya perlu selesaikan hutang RM7 juta yang kini hanya baru dibayar RM30,000. Masih panjang lagi tempoh untuk menyelesaikan hutang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dia juga memberitahu, segala proses pembayaran hutang itu ditentukan oleh pihak peguam.

“Segala urusan bayaran hutang akan dibuat oleh peguam saya. Dia yang akan menentukan siapa yang perlu dibayar mengikut jumlah tertentu.

“Meskipun baru RM30,000, saya tetap berasa bangga kerana wang tersebut berjaya dikumpul dalam tempoh masa sebulan. Bagi saya itu satu pencapaian yang positif dan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan terhadap perniagaan termasuk Adira,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan baiknya dengan Adira, Datuk Red mengakui masih menyimpan perasaan terhadap bekas isterinya itu selain berasa kekok menjalani kehidupan sendirian.

“Saya sudah berkahwin ketika berusia 20-an, jadi perihal rumah tangga itu banyak diuruskan oleh isteri. Jadi sekarang saya banyak belajar sendiri menguruskan diri sendiri seperti masak dan menguruskan pakaian

“Tidak dinafikan saya ingin berbaik semula dengan Adira, tetapi saya tidak mahu bertepuk sebelah tangan. Saya tidak mahu hanya saya yang terhegeh-hegeh, tetapi dia (Adira) tidak. Jadi, biarlah takdir yang tentukan sama ada kami kembali bersama atau tidak,” katanya.

Datuk Red dan Adira sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor selepas sembilan tahun mendirikan perkahwinan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
örg kaya tujuh keturunan dia kayap tujuh keturunan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 1.590530 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list