View: 951|Reply: 0
|
[Jenayah]
SPR jangka keputusan PRK diketahui jam 9 malam
[Copy link]
|
|
Petugas SPR membawa keluar peti undi dari Pusat Penjumlahan Rasmi Undi untuk dihantar ke pusat mengundi awal pagi ini sempena PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. - Foto BERNAMA
KUALA KUBU BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu di sini, dapat diketahui seawal jam 9 malam ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata jangkaan itu dibuat selepas semua kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
"Kita menjangkakan keputusan diperoleh selepas jam 9 malam dan harapnya sebelum perlawanan bola jam 10 malam.
"Kita yakin proses penjumlahan berjalan lancar dan cepat," katanya selepas melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.
Sebahagian daripada orang asli yang keluar mengundi di di Kampung Orang Asli Peretak sempena PRK Kuala Kubu Bharu. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Sebahagian daripada orang asli yang keluar mengundi di di Kampung Orang Asli Peretak sempena PRK Kuala Kubu Bharu. - NSTP/Eizairi Shamsudin
PRK kali ini menyaksikan saingan empat penjuru dengan calon Perikatan Nasional (PN) berdepan lawan daripada Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan; Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin mewakili Bebas.
Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran mengundi akan mula dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bukit Fraser (Tapak Lama) yang mempunyai 40 orang pengundi dan ditutup 2 petang.
Azmi berkata, setakat jam 11 pagi, peratus keluar mengundi mencapai 26 peratus.
Sebahagian daripada orang asli yang keluar mengundi di di Kampung Orang Asli Peretak sempena PRK Kuala Kubu Bharu. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Sebahagian daripada orang asli yang keluar mengundi di di Kampung Orang Asli Peretak sempena PRK Kuala Kubu Bharu. - NSTP/Eizairi Shamsudin
SPR menjangkakan keputusan Pilihan Raya Kecil kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dapat diketahui seawal jam 9 malam ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
SPR menjangkakan keputusan Pilihan Raya Kecil kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dapat diketahui seawal jam 9 malam ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Katanya, SPR menyasarkan sasaran realistik 60 peratus jumlah keluar mengundi bagi PRK kerusi DUN Kuala Kubu Bharu.
"Kita selalu sasarkan 70 peratus tetapi jika lihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, peratus keluar mengundinya adalah 67 peratus.
"Kebiasaannya peratus keluar mengundi bagi PRK lebih rendah daripada PRN, tetapi siapa tahu jika ia mampu dicapai melebihi peratusan PRN.
"Kalau dapat capai 70 peratus keluar mengundi ia sudah sangat baik, tetapi jika dilihat keadaan realisitik peratus keluar mengundi di sini dalam 60 peratus," katanya.
Katanya, proses pengundian berjalan lancar dan aman tanpa masalah manakala pemerhati SPR melihatan suasana amat baik.
"Akses untuk warga emas di tempat saya melawat nampaknya semua baik," katanya.
Mengenai tindakan parti mengibarkan bendera parti, beliau berkata, perkara itu tidak menjadi kesalahan sekiranya dilakukan lebih 50 meter dari pusat pengundian, iaitu jarak yang dibenarkan SPR.
PRK kali ini menyaksikan saingan empat penjuru dengan calon Perikatan Nasional (PN) berdepan lawan daripada Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan; Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin mewakili Bebas.
Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran mengundi akan mula dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bukit Fraser (Tapak Lama) yang mempunyai 40 orang pengundi dan ditutup 2 petang.
Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|