CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 0

[Tempatan] Pokok tumbang hempap 5 kenderaan, antaranya kereta dibeli 2 minggu lalu

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Pokok dipercayai berusia puluhan tahun, tumbang menimpa lima kenderaan dalam kejadian di Jalan Macalister di sini. NSTP/ FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI



GEORGETOWN: Dua batang pokok dipercayai berusia puluhan tahun tumbang sebelum menghempap lima kenderaan di Jalan Macalister di sini, hari ini.

Difahamkan ketika kejadian, beberapa pemilik kenderaan bersama keluarga baru sahaja beredar ke restoran yang terletak beberapa meter dari lokasi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Nazril Hisyam Napiah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.01 pagi membabitkan pokok tumbang.

Katanya, jentera bersama lapan anggota tiba di lokasi 15 minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati dua pokok tumbang merentangi jalan yang mana satu daripadanya memasuki kawasan parkir bangunan berhampiran.

"Pokok tumbang itu mengenai lima kenderaan dan pagar di bangunan itu turut mengalami kerosakan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nazril Hisyam berkata, pihak bomba menggunakan khidmat jentera berat berikutan saiz pokok yang besar.

Katanya, kerja pemotongan dan pembersihan perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan impak kerosakan lebih teruk terhadap kenderaan.

"Kejadian itu tidak membabitkan mangsa. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya lagi.

Operasi pengalihan dan pembersihan turut membabitkan beberapa agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

Pemilik kenderaan Annie Chua berkata, dia bersyukur kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa minit selepas dia keluar dari kenderaan.

"Ketika berada di dalam restoran, saya terdengar bunyi dentuman kuat diikuti dengan jeritan beberapa individu.

"Mujurlah saya dan beberapa pelanggan sudah masuk ke dalam restoran dan nyaris menjadi mangsa," katanya di sini.

Kejadian itu turut menyebabkan kereta milik Karen Lo jenis Cherry Omoda yang baharu sahaja dibeli dua minggu lalu mengalami kerosakan.

"Berikutan hujan saya berhenti di sini untuk bersarapan di restoran sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

"Kereta yang baharu dibeli ini mengalami kerosakan pada cermin," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051373 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list