CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4951|Reply: 0

Selamat tinggal PSG, Mbappe sah sertai Real Madrid

[Copy link]
Post time 11-5-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

Kylian Mbappe. FOTO Reuters

Paris: Paris Saint-Germain (PSG) menerima tamparan hebat apabila bintang bola sepaknya, Kylian Mbappe mengesahkan akan meninggalkan juara Perancis itu pada penghujung musim ini dengan Real Madrid destinasi seterusnya.

"Saya ingin mengumumkan kepada anda semua bahawa ia adalah musim terakhir saya di PSG. Saya tidak akan menyambung kontrak dan ia akan berakhir beberapa minggu lagi.

"Perlawanan di Parc des Princes hari Ahad ini mungkin aksi terakhir bersama PSG," katanya dalam satu video yang disiarkan di media sosial.

PSG sudah pun mengesahkan kejuaraan Ligue 1 ke-10 dalam 12 musim terakhir dan akan menjulang trofi itu selepas perlawanan Ahad ini menentang Toulouse, di mana ia akan menjadi perlawanan terakhir mereka di halaman sendiri.

Skuad kendalian Luis Enrique disingkirkan daripada Liga Juara-Juara minggu ini oleh Borussia Dortmund pada separuh akhir menerusi kekalahan 2-0 secara agregat Selasa lalu.

Ini bermakna Mbappe akan menamatkan tempoh tujuh musimnya di PSG tanpa memenangi sebarang trofi di peringkat kelab elit Eropah.

"Perasaan dan emosi saya bercampur baur. Bertahun-tahun saya di PSG, mempunyai peluang dan penghormatan besar untuk menjadi ahli kelab terbesar Perancis, salah satu yang terbaik di dunia.

"Kelab (PSG) beri pelbagai peluang untuk saya berkembang sebagai pemain bola sepak. Bukan mudah tetapi sepanjang tempoh itu, banyak kejayaan dan piala diraih walaupun banyak juga tekanan.

"Ia sukar (tinggalkan PSG) dan saya tidak pernah terfikir ia akan menjadi sesukar ini untuk mengumumkannya...tetapi saya fikir saya perlukan cabaran baharu, selepas tujuh tahun di PSG," katanya.

Untuk rekod, Mbappe memenangi enam kejuaraan Ligue 1 titles, tiga kali Piala Perancis dan dua Piala Liga.

Sepanjang musim ini, dia sudah meledak 43 gol dalam semua kejohanan dengan 26 gol datangnya dari Ligue 1.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sertai-real-madrid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.064255 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list