CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2859|Reply: 0

[Pahang] Tiga lelaki menyamar polis gari, samun ejen Forex

[Copy link]
Post time 9-5-2024 02:05 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar mangsa ditahan tiga lelaki yang menyamar polis di Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – Dengan menyamar sebagai anggota polis tiga lelaki bertindak menyamun seorang ejen pelaburan Forex selepas menggari dan membawa mangsa ke sebuah lokasi lain di sini.

Dalam kejadian Khamis lalu itu menyebabkan mangsa yang merupakan lelaki berusia 24 tahun mengalami kerugian kira-kira RM25,000 melibatkan wang tunai dan sebuah telefon bimbit jenama iPhone.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu mangsa yang sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran di sini didatangi tiga lelaki memakai pelitup muka yang memperkenalkan diri sebagai polis.

“Mangsa kemudiannya telah digari dan ditutup mulut dengan pita pelekat serta dibawa ke sebuah rumah sebelum suspek meminta telefon bimbit, beg duit dan serta kata laluan akaun bank mangsa.

“Pada 1.30 pagi keesokan harinya mangsa telah dibawa keluar daripada rumah berkenaan dan ditinggalkan di kawasan Perkuburan Cina Bukit Ubi di sini sebelum mangsa berjalan kaki ke tempat penginapannya di sini,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada sebarang senjata yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Menurutnya kes diklasifikasi bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek terlibat.

Katanya pada masa ini pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan rakan mangsa.

“Pihak polis telah melawat tempat kejadian dan mengesan saksi serta membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... i-samun-ejen-forex/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.632183 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list