CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6308|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Perkhidmatan monorel dihenti sementara

[Copy link]
Post time 7-5-2024 05:15 PM | Show all posts |Read mode

KEJADIAN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail. FOTO Facebook Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kuala Lumpur: Operasi Laluan Monorel mengalami gangguan perkhidmatan susulan kejadian pokok tumbang yang berlaku di Jalan Sultan Ismail, berhampiran Stesen Monorel Raja Chulan, hari ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada perkhidmatan di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.

"Pihak operasi mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara iaitu dari KL Sentral ke Medan Tuanku dan tren perantara antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1).

"Pengumuman menerusi platform rasmi media sosial Rapid KL dan semua stesen Laluan Monorel sudah dilakukan untuk makluman penumpang," kata kenyataan itu.


Selain itu, Rapid KL juga sedang bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan berkenaan secepat mungkin.

Rapid KL akan memaklumkan sebarang kemas kini secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.

"Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih atas kesabaran penumpang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-dihenti-sementara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073173 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list