View: 7407|Reply: 6
|
Gaun aluminium foil Michelle Yeoh curi perhatian di Met Gala
[Copy link]
|
|
Penampilan Michelle di karpet merah Met Gala 2024 mencuri tumpuan ramai.
KEMUNCULAN pelakon Tan Sri Michelle Yeoh di acara karpet merah Met Gala 2024 mencuri perhatian ramai apabila pemenang Anugerah Oscar itu tampil dengan gaun kerajang timah atau aluminium foil.
Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 62, memberitahu busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasikan daripada kenangan sewaktu zaman kanak-kanaknya.
"Sebenarnya gaun ini adalah sesuatu yang Demna pernah buat ketika dia masih kanak-kanak.
Michelle menggayakan busana rekaan Balenciaga.
"Bermain dengan kerajang timah dan menghasilkan pakaian untuk anak patung adiknya," katanya.
Pada acara gilang gemilang itu juga, Michelle turut tampil dengan potongan dan gaya rambut baharu yang membuatkan pelakon itu kelihatan lebih muda.
Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan, New York pada malam Isnin turut menampilkan ramai selebriti terkenal termasuk Jeniffer Lopez, Sarah Jessica Parker, Kylie Jenner, Rihanna, Ariana Grande, Cardi B dan Doja Cat.
Mengangkat tema Sleeping Beauties: Reawakening Fashion dengan kod pakaian The Garden of Time, turut mencuri perhatian adalah Rita Ora dan Doja Cat.
Rita membuatkan ramai ternganga apabila tampil dnegan busana ketat rona kulit sehingga ada menyangka dia berbogel.
Penyanyi berusia 33 tahun itu tampil berani menggayakan busana tipis dengan lapisan berjurai pelbagai warna bersama padanan sepasang kasut tumit tinggi.
Rita juga dilihat tidak memakai sebarang pakaian dalam namun dengan yakin berjalan di karpet merah bersama suaminya iaitu pengarah Taika Waititi.
Dalam pada itu, turut mencuri tumpuan adalah pelakon Zendaya yang menggayakan busana rekaan pereka John Galliano inspirasi dari gaun Dior 1999.
Zendaya (kiri), Demi (kanan), dan Rita mencuri perhatian di karpet merah Met Gala 2024.
Pelakon filem Dune 2 itu tampil menyerlah dalam gaun rona biru dan hijau zamrud dengan hiasan yang dipercayai diilhamkan daripada pokok buah-buahan.
Selain Michelle dan Zendaya, busana ala-ala memanah yang digayakan oleh pelakon Demi Moore juga tidak terkecuali memberikan kelainan dalam penampilan fesyen selebriti di Met Gala tahun ini.
Demi merupakan antara selebriti yang paling menyerlah menggayakan busana rona hitam yang kelihatan seperti papan memanah dipenuhi alat panahan.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... a-disangka-berbogel |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni sedehh dan sendu yach.langsung x menarik.tahun lps lagi meriah.padan muka event zionist mf dibayangi oleh protestors |
|
|
|
|
|
|
|
Blake lively takda, so tak berminat ngan met gala |
|
|
|
|
|
|
|
erkk patut keras kejung kedut plak tu dress tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pakai baju plaster tepek pasir 3 kaler. Huhuhu
Model sudan apa tah nama dia baju hitam purple dari tepi nampak wow, dari depan wek |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk haggard plak aku tgk plus nmpk tua sbb bdn kurus sgt kot |
|
|
|
|
|
|
|
Lek je pakai balenciaga. Buka ummah sana boikot ke.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|