CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1121|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hati-hati ketika memperbaharui cukai jalan dalam talian - JPJ

[Copy link]
Post time 6-5-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati melakukan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau dikenali umum sebagai cukai jalan secara dalam talian.

JPJ dalam kenyataan berkata, ia susulan pihaknya mengesan sebuah penyedia perkhidmatan dalam talian mendakwa menerima kebenaran daripada JPJ bagi perkhidmatan pembaharuan cukai jalan.

"JPJ menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mahupun JPJ tidak pernah memberikan kelulusan kepada pihak syarikat terbabit untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

"Pihak JPJ juga ingin memaklumkan bahawa terdapat kenyataan oleh syarikat berkenaan melalui laman sesawang iaitu perkhidmatan mereka diaudit, disah, dan diluluskan JPJ adalah tidak benar.


"JPJ juga menerima beberapa aduan daripada awam antaranya pembaharuan cukai jalan dilaksanakan melalui laman sesawang syarikat itu tidak dikemas kini," katanya dalam kenyataan hari ini.

JPJ menasihatkan orang ramai supaya menggunakan platform yang disahkan sebagai rakan niaga JPJ antaranya Pos Malaysia, MyEG, atau berurusan terus melalui platform MyJPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, atau pejabat JPJ berhampiran.

"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan yang tidak sah bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian.

"Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dulu untuk maklumat lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-dalam-talian-jpj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.065812 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list