CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 0

[Tempatan] Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Anggota polis membuat pemantauan banjir di Taman Daiman, Kota Tinggi. - Foto FB PDRM





KOTA TINGGI: Hujan lebat berterusan sejak jam 8 pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar daerah ini mula dinaiki air.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat.

Katanya PPS yang dibuka pada jam 12.30 tengah hari itu menempatkan 22 penduduk daripada tujuh keluarga.

"Penduduk yang dipindahkan ke PPS dari dua kampung iaitu Kampung Teminin Baru dan Kampung Desa Makmur.

"Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hujan amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan sehingga jam enam petang hari ini membabitkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Bagaimanapun setakat laporan jam 2 petang, lima lembangan sungai di daerah Kota Tinggi, membabitkan Sungai Johor di Rantau Panjang, Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Sembilang di Kampung Sungai Sembilang, Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil dan Sungai Ulu Sedili Besar di Batu 52 Sedili, masih berada pada aras normal," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, beberapa gambar dan video dikongsikan di media sosial memaparkan keadaan banjir kilat di beberapa jalan di bandar Kota Tinggi.

Pengguna jalan raya turut diminta Jalan Pintasan (Bypass) untuk meneruskan perjalanan keluar dan masuk ke bandar Kota Tinggi.

Menerusi perkongsian di Facebook Polis Kota Tinggi, pemantauan banjir kilat serta kawalan lalulintas dilakukan Jalan Johor Bahru - Kluang (Sanggar Kota), Kota Tinggi dan Jalan Kota Tinggi - Kluang (persimpangan Taman Daiman), Kota Tinggi.

"Polis Kota Tinggi menasihati pengguna jalan raya terutama pemilik kenderaan ringan agar tidak merempuh genangan air di Jalan Kota Tinggi - Kluang (persimpangan Taman Daiman), Kota Tinggi.

"Unit Kereta Peronda juga sudah menutup laluan tersebut buat sementara memandangkan ia tidak selamat digunakan oleh kenderaan ringan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056689 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list