CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19395|Reply: 0

[Perlis] Pimpinan negara Islam perlu berani tegur kekejaman Israel

[Copy link]
Post time 4-5-2024 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Pimpinan negara Islam perlu berani tegur kekejaman Israel


Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Aizat Shariff - Mei 3, 2024 @ 11:04pm [email protected]




Anwar pada Program Perkampungan Sunnah di Masjid Alwi, hari ini. - Foto BH/WAN NABIL NASIR





KANGAR: Pimpinan negara Islam perlu berani menegur dan menyatakan pandangan dalam isu kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin ketika ini, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suara pimpinan utama terbabit perlu dibangkitkan bagi menghalang penindasan berterusan yang dilakukan rejim Zionis yang berterusan membunuh rakyat Palestin.

"Perkembangan mutakhir di Gaza menunjukkan berlaku kelesuan suara pimpinan negara Islam. Kita hilang upaya dan kekuatan untuk menyatakan sikap keras dan tegas bagi menghentikan kekekaman penjajajan manusia ke atas manusia menyebabkan kerakusan Zionis Israel berterusan dengan dukungan negara Barat.

"Saya tidak mewakili negara besar. Saya mewakili negara sederhana dengan kekuatan ekonomi sederhana, tetapi saya tidak boleh lihat kelesuan ini dan terus mengizinkannya.

"Sebab itu, saya terima ini untuk berdepan dalam menyatakan pandangan dan pendirian umat Islam dan majoriti rakyat Malaysia yang berasa hampa dan mengecam kezaliman berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perkampungan Sunnah Siri Kesembilan di Masjid Alwi di sini, malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, bagi mengatasi kelesuan itu, perubahan dalam cara pemikiran dan kefahaman umat Islam perlu dilakukan dalam mentafsir bidang ilmu termasuk dalam bidang teknologi.

Katanya, Malaysia berada dalam landasan betul dalam melakukan perubahan dalam kalangan umat Islamnya apabila pentadbiran negara berjaya melalui proses perubahan.

"Malaysia berada di landasan betul untuk melalukan perubahan, kita tidak boleh kekal dan selesa pada tahap lama, baik dari tahap pemikiran, kefahaman, sikap kerana kesediaan kita meletakkan asas lebih kukuh.

"Bagaimana kita boleh mulakan sikap dan jihad membawa perubahan ini? Semua kita bicara tentang perjuangan. Kita kena bangun dari kealpaan dan kecuaian. Pimpinan politik, ulama, sarjana, petani, nelayan harus bangun melakukan perubahan. Fahaman lama tidak akan melonjakkan perubahan kepada negara dan masyarakat kita.

"Tidak perlu melihat sejarah lama, tetapi lihat sejarah kini negara Islam yang lesu tidak ada kekuatan, hilang keberanian melontarkan kefahaman dan mempertahankan anak kecil dan wanita yang disepak terajang dan dibunuh kerana kita tidak ada kekuatan dalaman," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.035171 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list