CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1575|Reply: 0

[Terengganu] Polis buru suspek samun Akhyar

[Copy link]
Post time 3-5-2024 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Polis buru suspek samun Akhyar


Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my



Polis percaya kejadian menimpa Akhyar bermotifkan samun.





Kuala Terengganu: Polis percaya kejadian menimpa pemain pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid yang diserang dua individu tidak dikenali berhampiran sebuah kondominium di sini malam tadi bermotifkan samun.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa baru tiba di kawasan kediamannya selepas selesai sesi latihan bola sepak di stadium di Gong Badak, Kuala Nerus.

Beliau berkata, mangsa dipercayai diserang suspek yang tidak dikenali sebaik turun dari kenderaan di kawasan di lokasi kejadian.

"Dalam kejadian itu, suspek yang memakai 'mask' dan menutup kepala dengan baju hoodie itu juga dipercayai memukul mangsa menggunakan besi yang boleh laras.

"Suspek kemudian mengambil beg duit mangsa yang disimpan dalam beg bimbit sebelum beredar dari lokasi kejadian menaiki sebuah kenderaan," katanya.

Azli berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan di ubun-ubun kepala selepas terdapat koyakan kecederaan kira-kira empat sentimeter sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.

Katanya, mangsa menerima empat jahitan di bahagian ubun kepala serta dua jahitan di bahagian kaki kiri selain mengalami bengkak di bahagian lengan kiri.

"Kejadian menyebabkan mangsa menanggung kerugian hampir RM5,000 dan setakat ini, kita percaya kejadian bermotifkan samun.

"Usaha mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan," katanya.

Berdasarkan video yang tersebar dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, pemain kelahiran Kedah itu dikatakan sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Menurut maklumat yang diterima, Akhyar atau lebih mesra dipanggil Mat Yat cedera di bahagian kepala kerana dipukul individu tidak dikenali.



Disiarkan pada: Mei 3, 2024 @ 11:07am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 160762 Replies : 3917
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19466 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26085 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71427 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4132 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102502 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14008 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8111 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.340357 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list