CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5372|Reply: 0

[Pulau Pinang] Keluarga ADUN Sungai Bakap mohon diberi ruang

[Copy link]
Post time 2-5-2024 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga ADUN Sungai Bakap mohon diberi ruang

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

02 Mei 2024 02:04pm








Musalmah memohon agar keluarganya diberi ruang untuk menghadapi situasi yang dihadapi ketika ini.




SEBERANG JAYA - Keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya memohon agar memberi ruang kepada mereka buat ketika ini.

Isterinya, Musalmah Yusop, 50-an berkata, suaminya berada di dalam keadaan baik dan separuh sedar.



Menurutnya, suaminya bukan ditidurkan sebaliknya diberi ubat tidur untuk beberapa hari bagi membolehkannya berehat.

"Alhamdulillah YB semakin ok malah dia dah ok sejak semalam lagi. Dia berada dalam keadaan separuh sedar, kalau kita panggil nama dia pun, dia beri tindak balas.



"YB sakit perut saja dan disebabkan itu, doktor memberinya ubat tidur agar dia boleh rehat dan dari terus menanggung sakit.

"Oleh demikian, saya mohon kami sekeluarga diberi ruang untuk menghadapi situasi ini. Kalau boleh, tidak mahu diganggu," katanya ketika ditemui di hadapan Wad ICU Hospital Seberang Jaya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Musalmah berkata, doktor juga telah melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) terhadap suaminya dan keputusan adalah baik.

Musalmah menambah, buat ketika ini, dia tidak membenarkan mana-mana pihak untuk melawat Nor Zamri kerana suaminya perlu rehat yang secukupnya.




"Buat masa ini, memang siapa pun saya tak benarkan untuk melawat dia. Saya tidak mahu dia terganggu kerana dia perlu berehat.

"Saya akan maklumkan apabila suami saya dipindahkan ke wad biasa. Untuk waktu ini, saya mohon semua pihak mendoakan agar YB diberikan kesembuhan.

"Dia wakil rakyat yang berkebajikan dan prihatin, jadi saya berharap dengan keprihatinan dia selama ini, dibalas dengan doa oleh semua pihak yang pernah dia bantu," katanya.

Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di Wad ICU Hospital Seberang Jaya kerana komplikasi di bahagian perut.

Nor Zamri dimasukkan ke hospital tiga hari lalu susulan sakit perut dan kini ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada ahli keluarga.

Bagaimanapun pagi Khamis, dia dilaporkan dalam keadaan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan positif.

Nor Zamri yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.033511 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list