View: 4964|Reply: 0
|
Terzic mampu ikut jejak Hitzfeld, Klopp
[Copy link]
|
|
Edin Terzic akan menjadi pengendali ketiga Dortmund, selepas Ottmar Hitzfeld dan Jurgen Klopp, sekira berjaya membawa kelab itu ke final Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Paris Saint-Germain. - Foto AGENSI
BERLIN: Pengendali Borussia Dortmund, Edin Terzic membalas kepercayaan kelab dengan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint-Germain awal pagi Khamis ini.
Kemaraan Dortmund ke kelompok empat terakhir di luar dugaan selepas tewas 2-0 kepada PSG di awal kempen pada September.
Kekecewaan di peringkat domestik termasuk tersingkir daripada Piala Jerman pada Disember menimbulkan persoalan terhadap masa depan Terzic.
Dia terselamat daripada dipecat sejurus sebelum Krismas kerana peningkatan prestasi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Skuad kendalian Terzic muncul juara kumpulan yang turut dibarisi PSG, AC Milan dan Newcastle United.
Mara ke separuh akhir dengan kemenangan ke atas PSV Eindhoven dan Atletico Madrid, menjamin kedudukan Terzic sebagai pengendali Dortmund musim depan.
Jika berjaya menewaskan PSG, Terzic akan menjadi pengendali ketiga Dortmund, selepas Ottmar Hitzfeld dan Jurgen Klopp, berjaya membawa kelab itu ke final Liga Juara-Juara Eropah.
Pemain sayap England, Jadon Sancho, yang kembali ke Dortmund sebagai pemain pinjaman pada Januari selepas dipinggirkan Manchester United, menampilkan aksi terbaiknya di bawah bimbingan Terzic. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ejak-hitzfeld-klopp |
|
|
|
|
|
|
| |
|