CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 725|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak turut berdukacita susulan insiden helikopter berlanggar, terhempas

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:52 PM | Show all posts |Read mode


Delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 merakam kenangan semasa kunjungan hormat di Bilik Gerakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak. - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi delegasi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 turut berdukacita susulan insiden dua helikopter berlanggar di ruang udara dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak pada Selasa lepas.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkesempatan mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut semasa kunjungan hormat delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Bilik Gerakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak di sini kelmarin.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Rentap berkata insiden itu sangat dirasai kerana ia membabitkan seorang anak Sarawak yang turut terkorban semasa menjalankan tugas demi negara.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak Khairudin Abu Hanipah mewakili Menteri Besar Perak dalam ucapan aluannya berkata, kerajaan Perak turut bersedia menghantar atlet dan pegawai mereka ke temasya SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Katanya, kontinjen Perak berhasrat untuk merangkul lebih banyak pingat emas sekali gus merangkul kejuaraan pada tahun ini.

Menutup tirai kunjungan hormat delegasi bagi zon utara, turut berlangsung penyerahan watikah jemputan SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 serta pertukaran cenderamata daripada Kerajaan Sarawak dan Perak.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dolhadi Mazuki serta Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Nur Alina Abdullah Colliner Gohe.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.058357 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list