CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4276|Reply: 1

Kelantan cari pemain walaupun kena sekatan FIFA

[Copy link]
Post time 24-4-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Manja Man mencari pemain baharu untuk Kelantan FC seperti dimaklumkan di laman sosial rasmi Kelantan FC. - Foto ihsan TRW Kelantan FC

KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan FC akan melakukan sesi pemilihan pemain baharu sebagai persiapan bagi menghadapi saingan liga separuh profesional, Liga A1 musim ini.

Bagaimanapun, ia menimbulkan persoalan kerana The Red Warriors (TRW) sebelum ini dilaporkan dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ketua jurulatih Kelantan FC, Manja Man meminta pemain berbakat untuk menyertai sesi pemilihan yang akan diadakan nanti.

"Saya mahu buat pemilihan pemain baru untuk Kelantan FC, sama ada transfer ban (sekatan perpindahan) lepas atau tidak. Saya mahu pemain berbakat hadir pada sesi pemilihan nanti.


"Saya mahu buat persiapan pasukan. Anda berbakat, temui saya sesi pemilihan nanti!," katanya dalam kenyataan di Facebook TRW Kelantan FC.

Kelantan FC terpaksa beraksi dalam saingan Liga A1 yang sebelum ini dikenali sebagai Liga M3 selepas disingkirkan dari Liga Super susulan isu tunggakan gaji.

Malah, TRW turut dikenakan sekatan perpindahan oleh FIFA yang mana mereka tidak boleh membawa masuk pemain baharu.

Berdasarkan penjelasan daripada Ketua Pegawai Operasi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad sebelum ini, Kelantan FC tidak boleh mendaftarkan pemain baharu untuk bersaing dalam Liga A1 sekiranya belum bebas sekatan FIFA.

Beliau berkata, kelab dari Pantai Timur itu diberikan tempoh sehingga 8 Mei depan untuk mengesahkan pendaftaran minimum 20 pemain bagi beraksi dalam Liga A1.

Katanya, tempoh itu lebih awal berbanding pasukan lain sebagai persediaan untuk AFL membuat sebarang tindakan sekiranya Kelantan FC tidak cukup pemain kerana sekatan perpindahan yang dikenakan FIFA.
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-kena-sekatan-fifa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 03:31 PM | Show all posts
Online games with complex snake game narratives can enhance players' storytelling and comprehension skills. Engaging with plots and characters helps in understanding cause-and-effect relationships and emotional empathy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.072272 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list