CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30286|Reply: 0

[Sarawak] Susunan tempat duduk baharu tiga ADUN sertai PDP diumum sebelum sidang DUN

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:24 PM | Show all posts |Read mode


(Dari empat kanan) Tun Wan Junaidi, Asfia dan Abang Johari serta yang lain memotong kek Hari Raya Aidilfitri sebagai merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2024 anjuran DUN di Kompleks DUN di Kuching hari ini. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Susunan tempat duduk baharu bagi tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) baru-baru ini akan diumumkan sebelum Persidangan DUN yang dijadual bermula 6 Mei depan.

Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, beliau akan mengumumkan susuna dan tempat duduk ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Ba'Kelalan Baru Bian dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa pada sidang media selepas mesyuarat Pra-Majlis DUN nanti.

“Susunan tempat duduk akan diselaraskan dengan sewajarnya dan saya akan umumkan pada sidang media seperti biasa selepas mesyuarat Pra-Majlis DUN, sebelum Persidangan DUN yang bermula 6 Mei nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran  DUN Sarawak di Kompleks DUN di sini, hari ini.

Asfia berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini landskap politik Sarawak ekoran penyertaan tiga wakil rakyat berkenaan ke dalam PDP selepas Parti Sarawak Bersatu (PSB) dibubarkan.

Beliau memberitahu, telah menerima surat daripada Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing pada hari Jumaat (12 April) memaklumkan mengenai ahli baharu parti itu.

Menurutnya surat bertarikh 9 April 2024 itu memaklumkan bahawa Dato Sri Wong Soon Koh, Dr Johnical Rayong Ngipa dan Baru Bian telah menyertai PDP dan diterima oleh parti sebagai ahli parti komponen Gabungan Parti Sarawak Sarawak (GPS).

"PDP telah meminta saya mempertimbangkan susunan (tempat duduk), jadi mereka (Wong Soon Koh, Dr Rayong dan Baru) akan dikeluarkan dari blok pembangkang, diletakkan di blok kerajaan.

"Saya belum menjawab surat itu kerana saya baru menerimanya tetapi saya akan mengumumkan keputusan saya pada sidang media nanti," katanya sambil menambah, surat itu juga telah dihantar kepada Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menjelas lanjut, Asfia berkata di bawah Peraturan Mesyuarat 2 (DUN) adalah menjadi budi bicara Speaker untuk menentukan susunan tempat duduk ahli-ahli majlis.

“Tetapi sudah tentu, atas ihsan Premier kita Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah ketua Dewan. Saya akan memberi isyarat kepadanya,” katanya.

Ditanya sama ada penyertaan bekas pemimpin PSB ke dalam PDP dianggap melanggar undang-undang antilompat parti, Asfia berkata PSB telah pun dibubarkan dan oleh itu ketiga-tiga wakil rakyat negeri itu tidak melompat dari satu parti ke parti yang lain.

“Parti dibubarkan dan selepas pembubaran, mereka memutuskan secara individu untuk menyertai PDP,” ujarnya.

Ditanya mengenai status ADUN Batu Lintang See Chee How, Mohd Asfia berkata bekas ahli PSB itu kekal sebagai ADUN Bebas selepas keluar parti pada 2022.

"Beliau tidak menyertai GPS dan kekal sebagai (ADUN) Bebas," tambahnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata penggabungan bekas pemimpin PSB ke dalam PDP menjadi bukti kejayaan dasar Abang Johari dalam membawa kemakmuran, pembangunan ekonomi dan masa depan yang cerah kepada Sarawak.

“Pemimpin PSB melihat ketiadaan dan kesia-siaan memainkan peranan sebagai pembangkang.

“Bagaimana anda menentang apabila negeri mencatatkan hasil tertinggi dan mempunyai belanjawan tertinggi dalam negara? Kita mempunyai kestabilan politik, keharmonian kaum, kemakmuran ekonomi dan lebih-lebih lagi, bagaimana anda menentangnya?

"Ia usaha yang sia-sia dan tidak bermakna untuk menentang dan oleh itu, mereka mahu menyertai GPS," katanya.

Beliau berkata susulan peralihan baharu ini, hanya dua wakil rakyat negeri iaitu ADUN Padungan Chong Chieng Jen dan ADUN Pending Violet Yong kekal sebagai pembangkang.

Majlis ramah-tamah anjuran DUN Sarawak diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta menteri-menteri kabinet Sarawak dan ADUN.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050950 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list