CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9435|Reply: 0

'Bukan sekadar pelengkap Piala Shopee' - peminat

[Copy link]
Post time 14-4-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Terengganu FC giat menjalani latihan bawah kendalian Tomislav Steinbruckner. -FOTO TFC

Kuala Terengganu: Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu FC jelas gembira apabila mendapat berita skuad Penyu bakal mewakili negara dalam kancah Piala Shopee musim 2024-2025.

Presidennya, Mohd Isa Che Ariffin berkata, pemilihan TFC dalam saingan itu adalah satu pengiktirafan tertinggi kelab berkenaan atas kejayaan muncul naib juara Piala Malaysia pada musim lalu.

Bagaimanapun beliau mengharapkan kehadiran skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu bukan sebagai pelengkap pasukan dalam saingan sulung itu.

Sebaliknya katanya, impian yang tinggi diletakkan peminat agar skuad itu mampu menjadi antara pencabar utama sebagaimana yang dibuktikan dalam saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) musim lalu dengan melakar rekod tanpa kekalahan di peringkat Kumpulan G.


"Alhamdulillah TFC terpilih untuk menyertai kejohanan itu (Piala Shopee), kami para penyokong begitu teruja dan menyambut baik berita ini serta akan memberikan sokongan padu buat pasukan.

"Memandangkan TFC dilihat sudah bersedia dengan pemain-pemain terbaik pada tahun ini serta momentum pasukan pada sesi persahabatan, kami berharap skuad kendalian Tommy (Steinbruckner) dapat mencipta rekod tersendiri," katanya.

Selain TFC, turut dipilih mewakili negara dalam kejohanan yang bakal bermula 17 Julai hingga 21 Mei tahun depan ialah pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) atas kejayaan muncul naib juara Piala FA musim lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... iala-shopee-peminat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.041153 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list