CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13506|Reply: 0

[Terengganu] Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM

[Copy link]
Post time 14-4-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Susulan kemunculan maklumat di laman sosial mengenai rungutan ibu bapa yang mendakwa ada sekolah merancang untuk mengadakan aktiviti merentas desa minggu ini, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.

Pengarah JPNT, Jelani Ngah, berkata mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak boleh dijalankan sekiranya suhu mencapai 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Beliau berkata pihaknya memberi arahan jelas kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya menangguhkan semua aktiviti luar luar bilik darjah dalam keadaan cuaca panas bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti strok haba.

"JPNT sentiasa memberi perhatian serius kepada isu kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... h-patuhi-arahan-kpm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.806029 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list