CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6290|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Aidilfitri seperti hari biasa, tiada yang istimewa'

[Copy link]
Post time 9-4-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan Mohd Khalid ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekolah, Lenggeng. FOTO AZRUL EDHAM

Nilai: Ketika insan lain menyambut Aidilfitri dengan keluarga dan menikmati juadah raya, bagi warga emas ini pula, ketibaan Syawal hanya seperti hari-hari biasa.

Lebih syahdu, Mohd Khalid Hamzah, 73, yang tidak pernah mendirikan rumah tangga, tinggal sendirian di rumah pusaka usang di Kampung Sekolah, Lenggeng di sini, selepas kematian ibunya lebih 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana sekali sekala adik-beradiknya datang menziarah, malah seorang daripada mereka yang juga masih bujang kini berpindah tinggal bersamanya, sejak beberapa bulan lalu.

"Bagi saya, raya sama seperti hari biasa, tiada yang istimewa kerana sudah biasa seorang diri. Kalau adik-beradik datang saya bersyukur dan gembira sangat.


"Dulu saya bekerja sebagai cef di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan kadang-kadang saya beraya seorang di bilik kerana tidak dapat cuti," katanya ketika ditemui.

Tambahnya, adik-beradik ada menghantar makanan raya seperti lemang atau rendang dan baju raya, pada malam Syawal.

"Saya faham sekiranya mereka tidak dapat meraikan Syawal pertama bersama-sama kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri," katanya.

Menceritakan keadaan kesihatannya, Mohd Khalid berkata, dia sudah beberapa kali terlepas janji temu dengan doktor kerana tiada yang menghantarnya ke klinik kesihatan (KK).

"Saya disahkan menghidap penyakit kes batuk kering atau tibi (TB) pada Mac tahun lalu. Saya tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti TB, sedangkan sebelum ini saya seorang yang aktif mendaki bukit.

"Saya kerap batuk dan hilang selera makan sehingga badan makin kurus. Jika diikutkan TB sudah hilang, namun kini sering sesak nafas dan tidak mampu keluar atau bergerak sendiri," katanya.

Bagi menampung kehidupan seharian, Mohd Khalid berkata, dia hanya bergantung kepada wang simpanan yang semakin berkurangan selain mengharap ihsan adik-beradik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tiada-yang-istimewa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.050137 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list