CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5958|Reply: 0

F1: Leclerc akui hilang sentuhan

[Copy link]
Post time 9-4-2024 12:02 PM | Show all posts |Read mode

LECLERC mengakui punca keputusan perlumbaan yang kurang memberangsangkan adalah kegagalannya meraih petak terbaik di pusingan kelayakan. - AFP

TOKYO – Pelumba pasukan Ferrari, Charles Leclerc mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika mahu mencabar kejuaraan dunia selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Jepun di kedudukan keempat, kelmarin.

Pada saingan di Litar Antarabangsa Suzuka itu, Leclerc akur terlepas peluang untuk berada dalam kedudukan podium dengan Red Bull mendominasi perlumbaan menerusi Max Verstappen dan Sergio Perez,manakala Carlos Sainz di tempat ketiga.

Menurut Leclerc, antara kelemahan ketara yang dikenal pasti buat masa ini adalah gagal mempamerkan prestasi memberangsangkan pada pusingan kelayakan.

“Saya tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan untuk berada di kedudukan yang terbaik kerana ini adalah prestasi yang termampu saya lakukan. Jentera kami sangat pantas, pengurusan juga memberi kerjasama dan arahan dengan jelas.

“Secara jujur, saya rasa tiada masalah melibatkan jentera, tetapi perkara negatif yang boleh saya rumuskan adalah kegagalan mempamerkan prestasi konsisten pada pusingan kelayakan.

“Sebelum ini memang ramai yang beranggapan bahawa saya adalah ‘pakar’ pusingan kelayakan, tetapi ia tidak berlaku pada kempen musim ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Leclerc berazam untuk mempamerkan kebangkitan pada perlumbaan GP China yang akan berlangsung pada 21 April depan.

“Saya percaya selepas menerima data serta analisis yang dilakukan oleh pasukan, kami mampu bangkit dengan lebih agresif pada perlumbaan di Shanghai nanti,” kata Leclerc. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ui-hilang-sentuhan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 1.388504 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list