CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8042|Reply: 0

[Kelantan] Polis Kelantan rampas rokok seludup bernilai lebih RM4 juta

[Copy link]
Post time 7-4-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode

RAMPASAN rokok seludup dengan anggaran keseluruhan bernilai lebih kurang RM4,102,500. ke atas sebuah lori treler Kontena di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan Ismail, Kampung Langgar di sini, jam 4 pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Pasukan Polis Marin WilayahTiga, Tumpat pada awalnya mengesan sebuah bot yang mencurigakan di perairan Tumpat.

Menurutnya, hasil risikan yang dilakukan mendapati terdapat beberapa buah lori digunakan untuk mengangkut kotak daripada bot ke kontena dibawa treler berkenaan sebelum ia dipandu dari Wakaf Bharu menghala ke daerah ini.

"Anggota bertugas kemudiannya bertindak menahan treler terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun bersama kelindan berusia 38 tahun yang mendakwa barangan yang dibawa kepunyaan seseorang.

"Hasil siasatan di dalam lori mendapati kesemua kotak berkenaan mengandungi rokok jenis Double Happiness yang dipercayai belum dibayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Kesemua rokok serta treler dirampas, manakala kedua suspek ditahan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di pekarangan Pondok Polis Peringat di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan mereka bukan berasal dari Kelantan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum 10 kali ganda nilai atau RM100,000.

"Rokok yang dirampas ini dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dibawa ke Lembah Klang bagi pasaran di sana dan maklumat dari negara mana barangan ini dibawa masih lagi dalam siasatan.

"Rampasan berkenaan adalah yang terbesar setakat ini yang mana nilai termasuk lori dan cukai mencecah RM10 juta," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilai-lebih-rm4-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.045863 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list