CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6477|Reply: 0

[Kelantan] Gua Musang sesak dengan kenderaan perantau

[Copy link]
Post time 7-4-2024 04:03 PM | Show all posts |Read mode

Pertambahan jumlah kenderaan perantau yang melalui bandar Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jalan masuk ke Kelantan melalui Gua Musang di sini sesak selepas berlaku pertambahan kenderaan perantau yang ingin pulang ke kampung halaman sejak semalam.

Tinjauan Kosmo! mendapati, sambutan Aidfitri semakin dirasai apabila bilangan kenderaan semakin bertambah memasuki Kelantan hari ini.

Kenderaan juga semakin banyak melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis selain Gua Musang-Kuala Krai dan kesesakan dijangka berlaku sehingga menjelang malam raya.

Seorang perantau, Muhamad Norsyahidan Azim Muhamad Zaid, 33, berkata, dia yang tinggal di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur melalui perjalanan yang sangat panjang untuk pulang ke kampung kali ini.

Katanya, dia bertolak pada pukul 2 pagi tadi dan sampai kira-kira pukul 12 tengah hari di Bandar Gua Musang.

“Perjalanan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Kelantan ini sukar kerana mengalami perjalanan melebihi 10 jam.

“Tiga tempat yang sangat teruk iaitu dari arah Karak ke Bentong, Benta dan Merapoh ke Gua Musang,” katanya.

Muhamad Norsyahidan Azim memberitahu, perjalanan yang panjang menguji mental dan fizikalnya yang sedang berpuasa.

Katanya, dia bersama isteri dan seorang anak reda, namun tetap bersemangat dan tidak sabar ingin bertemu keluarga di Kota Bharu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... kenderaan-perantau/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.078588 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list