View: 6530|Reply: 0
|
[Kelantan]
Bapa tunggal menyesal sanggup curi kereta demi sara anak
[Copy link]
|
|
Isa ketika ditemui pemberita pada Program Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di PPA Machang hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
MACHANG – Desakan hidup akibat tidak mempunyai pekerjaan tetap menyebabkan seorang bapa tunggal sanggup mencuri kereta untuk menyara kehidupan bersama seorang anak perempuannya di Binjai, Kota Bharu dekat sini tahun lalu.
Perbuatan itu mengakibatkan Isa, 40, dihukum penjara di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang di sini selama tujuh bulan.
Menurutnya, dia ketika itu terpaksa mencuri memandangkan tidak mampu menyara anak perempuannya yang berusia 15 tahun selepas berpisah dengan isteri lebih 10 tahun lalu.
“Saya dan anak pernah tidak makan seharian kerana tidak mempunyai wang belanja. Saya terpaksa mencuri kereta sebelum menjualnya untuk memperoleh wang untuk hidup.
“Saya tidak dapat berfikir secara rasional ketika melakukan perbuatan itu. Paling menyedihkan, saya membawa anak perempuan bersama ketika mencuri kereta,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di PPA Machang di sini hari ini.
Isa memberitahu, dia sudah sedar dan insaf dengan perbuatannya selepas menjalani hukuman penjara hampir tujuh bulan.
Menurutnya, dia banyak mendalami perihal ilmu agama sepanjang berada di PPA.
“Anak saya kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semasa saya menjalani hukuman penjara.
“Insya-Allah saya akan mempelajari ilmu agama di sekolah pondok selepas dibebaskan nanti. Saya berjanji akan menjaga anak tunggal dengan lebih baik apabila dibebaskan tidak lama lagi,” katanya.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... eta-demi-sara-anak/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|