View: 4960|Reply: 0
|
[Kelantan]
Sudah 3 hari padam kebakaran
[Copy link]
|
|
Anggota bomba dari BBP Pengkalan Kubor menjalankan operasi pemadaman di tapak pelupusan sampah yang terbakar sejak pagi Jumaat lalu. FOTO IHSAN BOMBA
Tumpat: Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Kok Bedullah, di sini, sejak pagi Jumaat lalu memasuki hari ketiga.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Mohd Zamri Omar berkata, dalam operasi pemadaman semalam, api sudah dapat dikawal di sebahagian besar 1.2 hektar keseluruhan kawasan.
"Dalam tempoh dua hari, separuh dari keseluruhan kawasan sudah dapat dipadamkan namun malam tadi, ia kembali merebak disebabkan berlaku tiupan angin.
"Bagaimanapun dengan tindakan pantas anggota kami yang bekerja selama 24 jam tanpa henti berjaya mengawal situasi itu meskipun terpaksa bekerja dalam keadaan asap yang tebal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Zamri berkata, anggota dari BBP Pengkalan Kubor membuat penggiliran tugasan menerusi dua syif malah tiada masalah jika operasi dijalankan ketika waktu berbuka puasa kerana mereka hanya perlu berhenti seketika untuk berbuka sebelum kembali meneruskan operasi.
Dari segi bekalan air pula, pihaknya tidak berdepan dengan sebarang masalah malah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memberi bantuan pam untuk menyedut air dari tali air berhampiran.
Menurutnya lagi, pihak berwajib turut mengeluarkan sejumlah kos membeli pasir dan pihaknya sedang menjalankan kerja mengambus sebahagian tempat menggunakan pasir terbabit.
"Sebahagian tempat sudah dikambus dengan pasir selain kami turut membuat laluan air agar kawasan menjadi lembap.
"Bagaimanapun kami tetap bersiap siaga jika api masih tidak terpadam sepenuhnya kerana bimbang akan kembali merebak malah dijangka akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk pemadaman sepenuhnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ari-padam-kebakaran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|