CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5781|Reply: 0

[Kelantan] Minyak masak menyusut di Kelantan menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 6-4-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail hadir merasmikan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pasaraya Aeon Mall, di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Bekalan minyak masak di pasaran semakin menyusut berikutan orang ramai membeli dalam kuantiti yang banyak menjelang Aidilfitri.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata, situasi itu agak normal menjelang perayaan namun pihaknya akan cuba untuk menambahkan bekalan sedikit masa lagi.

"Trend minyak masak agak menurun (bekalannya) di pasaran sebab kita tahu apabila keperluan itu banyak di pasaran, pengguna akan beli banyak juga jadi bekalannya di pasaraya makin menurun.

"Bagaimanapun, pihak kami akan cuba tambahkan kuantiti sebelum raya (Aidilfitri) dan selepas raya mengikut kuota 'repacker' masing-masing," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.


Terdahulu, Azman hadir dalam Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pasaraya Aeon Mall di sini, dan meninjau 20 barangan keperluan terpilih dalam penguatkuasaannya yang bermula semalam hingga 19 April ini.

Antara barangan yang disenaraikan adalah bawang kuning besar, bawang merah (import), cili kering (kerinting), cili merah, daging lembu tempatan (kecuali batang pinang) dan ikan kembung.

Dalam perkembangan berkaitan, Azman berkata, pihaknya menjalankan Ops Pantau bermula awal Ramadan dan sehingga kini sebanyak 2,787 premis diperiksa.

Beliau berkata, sebanyak 10 kes dihasilkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Timbang Sukat 1972 yang membabitkan kesalahan timbang sukat, tidak meletak tanda harga dan antipencatutan.

"Dalam usaha melindungi pengguna, kementerian turut meningkatkan keberadaan pegawai penguat kuasa di lokasi terpilih yang menjadi tumpuan orang ramai melalui tindakan omnipresence.

"Dari segi menyorok barang kawalan pula, setakat ini kami belum menerima apa-apa aduan namun akan terus laksanakan tugas pemantauan serta pemeriksaan hingga selesai musim perayaan," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enjelang-aidilfitri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.412506 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list