View: 5636|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penunggang motosikal maut angkara pemandu buka pintu kereta
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Bachok: Penunggang motosikal maut akibat terlanggar pintu kereta yang dibuka pemandu di Jalan Pasir Puteh-Machang / Gerik (Kampung Felcra Teratak Batu), pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kejadian berlaku apabila pemandu Proton Persona menghentikan kereta di tepi jalan menghala ke Machang dan membuka pintu untuk keluar.
Katanya, ketika itu, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Dash dari arah sama melanggar pintu kereta sebelum hilang kawalan dan tercampak ke laluan bertentangan.
"Pada masa sama, datang sebuah Perodua Alza dari arah bertentangan dan merempuh mangsa yang berada di laluannya," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Zaizul Rizal berkata, Perodua Alza itu dipandu lelaki berusia 42 tahun.
"Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat manakala kedua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Henry Dass a/l Tevatus di talian 016-5072413," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-buka-pintu-kereta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|