CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12906|Reply: 0

Rusdi dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu

[Copy link]
Post time 29-3-2024 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Rusdi dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu


Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil dan Hakimi Suria Kencana
[email protected]



RAZARUDIN menyaksikan pertukaran tongkat kuasa antara Allaudeen (kiri) dan Rusdi ketika Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali




Kuala Lumpur: Datuk Rusdi Mohd Isa dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid yang bakal bersara wajib pada 1 April.

Allaudeen yang sudah berkhidmat sebagai pegawai polis selama 39 tahun memulakan karier sebagai pelatih Inspektor di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada 1 Julai 1985.

Sebagai anak jati Kuala Lumpur, beliau teruja dan bersyukur kerana dapat menamatkan karier dengan berbakti sebagai Ketua Polis di sini sejak 14 Ogos 2023.

"Apa yang tertanam dalam jiwa ini adalah hanya untuk berkhidmat kepada pasukan yang mengangkat darjat diri kerdil ini.
"Tidak akan ada kehebatan dan kedudukan jika tidak kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadikan darah saya lebih biru dari merah.




"Dengan rezeki dari kerjaya polis inilah, saya membesarkan keluarga dan anak-anak saya seramai empat orang," katanya ketika berucap pada majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Majlis itu dimulakan dengan upacara penyerahan watikah pelantikan dan pemakaian pangkat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas di antara Allaudeen dan Rusdi serta penyerahan tongkat kuasa.

Antara jawatan penting yang pernah disandang Rusdi termasuk Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.



Disiarkan pada: Mac 29, 2024 @ 2:56pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 1.062467 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list