|
Mohd Affizi menjual air balang RM1 di Bazar Ramadan Temenggong, di sini, sejak tujuh tahun lalu. FOTO OMAR AHMAD
Kulai: Gerai Air Balang RM1 menjadi antara tarikan di Bazar Ramadan Temenggong, di sini, sejak tujuh tahun lalu.
Pengusahanya Mohd Affizi Md Anuar, 39, berkata dia menyediakan tujuh balang air pelbagai perisa seperti teh bunga, blue lemon, bandung cincau, tembikai laici dan anggur nata de coco.
"Saya hanya menjual Air Balang RM1 ini pada Ramadan sahaja setakat ini dan semua cakap murah. Alhamdulillah, memang niat saya dan keluarga mahu bersedekah.
"Kami berniaga bukan hanya mahu mendapat keuntungan, tetapi dalam masa sama mahu berkongsi rezeki dengan orang ramai," katanya yang dibantu kakak, Aina Nor Wanna, 41, dan adiknya, Mohd Ezzad, 33.
Menurutnya, dia mampu menjual 400 bungkus air dalam sehari hingga mendapat perhatian individu untuk membuat infak.
"Ramai juga yang datang untuk berinfak, contohnya mereka beri RM100 untuk sedekahkan 100 bungkusan air kepada pelanggan.
"Alhamdulillah, rezeki Allah luas, apabila kita memberi, Allah mudahkan urusan dan lapangkan rezeki kami.
"Soal harga barang mentah memang menjadi cabaran tetapi saya percaya, jika kita berbuat baik, Allah akan bantu dengan pelbagai cara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -keberkatan-ramadan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|