View: 9040|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Maqis rampas tupai salai dari Indonesia
[Copy link]
|
|
GAMBAR Hiasan
Georgetown: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas tupai salai dengan anggaran berat lapan kilogram (kg) tanpa permit import di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dekat sini, hari ini.
Maqis dalam kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menemukan tupai salai di dalam sebuah bagasi seorang penumpang dari Indonesia dan rampasan dilakukan melalui bantuan mesin pengimbas dan pemeriksaan yang dilakukan pegawai Maqis.
"Perbuatan mengimport keluaran hasilan pertanian tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh di hukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.
"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Katanya, pihak Maqis sentiasa mengambil langkah serius isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alai-dari-indonesia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|