CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4765|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Buka puasa di puncak bukit

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode


SEKUMPULAN pendaki dari ahli Persatuan Malim Gunung Negeri Sembilan (PMGNS) berbuka puasa sambil menikmati panorama di atas Bukit Kepayang sempena Ramadan ini semalam. FOTO Azrul Edham

Seremban: Mendaki bukit setinggi 205 meter untuk berbuka puasa sambil menikmati panorama di atas Bukit Kepayang di sini, pastinya memberi kepuasan kepada sekumpulan pendaki sempena Ramadan ini.

Seramai 30 pendaki, rata-ratanya terdiri daripada ahli Persatuan Malim Gunung Negeri Sembilan (PMGNS) tidak melepaskan peluang melepaskan 'gian mendaki' selepas dua minggu berehat daripada aktiviti itu.

Pengerusinya, Ahmad Nazrul Razali, 37, berkata, ini adalah tahun keempat mereka menganjurkan iftar di bukit sama sebagai satu cara mengekalkan kecergasan malim gunung.

"Sepanjang (bulan) puasa ini, kami berehat daripada aktiviti mendaki dan memberi tumpuan kepada ibadah dan keluarga. Setiap kali adakan majlis buka puasa sebegini, mereka teruja untuk sertai.


"Malah, ada yang bukan dalam kalangan ahli atau malim yang datang dari luar Negeri Sembilan untuk sertai majlis iftar ini," katanya ketika ditemui, malam tadi.

Ujarnya, pihaknya tidak menetapkan sebarang tema, namun menggalakkan peserta supaya memakai baju Melayu dan baju kurung bagi menaikkan lagi suasana.

"Masing-masing membawa makanan dan bagi mengelak pembaziran, mereka diminta menyenaraikan menu yang ingin dibawa. Kali ini ada menu istimewa iaitu kari kepala kambing dan juadah lain-lain .

"Kami berkumpul di kaki bukit pada 5 petang dan mula mendaki setengah jam kemudian. Pendakian mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum tiba di puncak, lalu menyiapkan tempat berbuka dan juadah.

Peserta dari Batu Pahat, Salina Salim, 43, berkata, dia menyertai program berkenaan setiap tahun kerana mahu berkumpul bersama kenalan pendaki selain menganggap acara itu sebagai unik.

"Sebagai individu yang minat mendaki, sudah pasti kami mahu melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan sukan ini. Ia jadi kepuasan kami kepada lebih-lebih lagi selepas dua minggu berehat.

"Saya bertolak pagi tadi dari Batu Pahat dan tiba di Seremban kira-kira 1 tengah hari. Memandangkan hari ini (Ahad) adalah hari kerja di Johor, saya mengambil cuti selama dua hari," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asa-di-puncak-bukit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.050487 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list