CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5276|Reply: 1

[Johor] Kembali 'angau' dengan bekas suami selepas 8 tahun

[Copy link]
Post time 23-3-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode

NORMOLEK jatuh cinta kali kedua selepas bekas suami berusaha menambat hatinya semula.

Kulai: "Bekas suami 'mengorat' saya sama seperti pasangan muda yang melalui fasa awal perkenalan. Uniknya dia menggunakan 'orang tengah' iaitu anak kami dan itu tetap membuatkan saya terasa seperti di zaman percintaan," kata Normolek Juhari, 40.

Menurutnya, dia memilih mendirikan mahligai kedua bersama bekas suami, Muhamad Zainal Othman, 43, yang pernah dikahwini kali pertama pada 2006 sebelum berpisah selepas lapan tahun kemudian.

"Kami dikurniakan seorang anak perempuan. Mungkin sudah tertulis apabila kami berkahwin semula pada 2 Disember lalu. Lebih istimewa tarikh itu sama dengan tarikh perkahwinan pertama kami sebelum ini.

Berkongsi kisahnya, peniaga dalam talian itu berkata, dia mulanya tidak terfikir untuk kembali ke pangkuan suami selepas memilih untuk berpisah akibat tiada persefahaman.


"Namun perasaan cinta yang hilang kembali mekar semula. Perasaan itu wujud tanpa disedari selepas sembilan tahun kami membawa haluan masing-masing dan tidak pernah berhubung sepanjang tempoh itu.

"Semuanya berlaku ketika kami bertemu kembali ketika majlis perkahwinan adik suami pada 2022. Saya hadir atas jemputan ibu mentua. Anak kami (Nurzulaikha, 17) memang mencadangkan kami kembali bersatu namun saya tidak pernah terfikir ketika itu.

"Namun perasaan itu berubah dan saya terbuka pintu hati untuk kembali 'mengenali' serta membaiki hubungan kami. Saya mengaku perasaan sayang itu muncul tanpa dipaksa," katanya.

Menurutnya, keputusan untuk kembali bersama itu mendapat sokongan keluarga kedua-dua belah pihak terutama anak tunggal mereka yang menjadi insan paling gembira.

"Saya memilih untuk kembali bersama kerana wujud perasaan cinta pada suami. Keputusan itu tidak hanya semata-mata mengikut kehendak anak.

"Bagi saya perkahwinan perlu ada rasa cinta. Saya perlu mengutamakan perasaan dan emosi diri supaya kehidupan lebih bahagia.

"Saya merasai perasaan bercinta seperti kali pertama dan melalui fasa 'angau' seperti ketika muda dahulu. Kami jadikan anak sebagai orang tengah untuk keluar atau 'dating' bersama.

"Saya mengambil masa hampir setahun untuk membuat keputusan kembali kepada suami. Saya turut melakukan solat sunat istikharah kerana tidak mahu kesilapan berulang," katanya yang menetap di Bukit Tenggara di sini.

Katanya, sesuai pertambahan usia, dia dan suami berharap perkahwinan kedua itu akan kekal selamanya dan mengakui perpisahan lalu banyak memberi pengajaran kepada mereka .

"Percintaan kedua ini terasa sangat manis dan harapan saya biarlah kami melaluinya dan terus merasai kebahagiaan hingga hujung usia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ami-selepas-8-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 06:01 PM | Show all posts
So Sweet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056641 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list