CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7020|Reply: 0

[Kelantan] 'Rempit Ramadan', 4 pelajar diberkas

[Copy link]
Post time 21-3-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Pasir Puteh: Masih berdegil dan berlumba haram ketika Ramadan. Itu tindakan berbahaya empat pelajar sekolah menengah di daerah ini, yang diberkas polis ketika operasi Op Samseng Jalanan.

Kesemua pelajar berusia 15 hingga 18 tahun itu ditahan ketika operasi itu dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh bermula jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Zaizul Rizal Zakaria berkata, operasi membabitkan 19 anggota polis.

"Sejumlah 33 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan sitaan terhadap tujuh motosikal.



"Kami turut menahan empat pelajar sekolah yang didapati berlumba. Semua mereka diambil tindakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya tadi.

Zaizul berkata, operasi dilaksanakan berikutan gejala samseng jalanan yang semakin aktif susulan pemerhatian dan aduan awam sepanjang Ramadan ini.

Katanya, pihak polis tegas dalam soal pemantauan dan operasi bagi mencegah kegiatan tidak sihat sepanjang bulan mulia ini.

"Kami meminta ibu bapa memantau pergerakan anak masing-masing supaya tidak terbabit dalam aktiviti tidak sihat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -4-pelajar-diberkas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.046179 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list