|
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar (kiri) beramah mesra dengan anggotanya yang bertugas menjaga sekatan jalan raya ketika hadir Majlis Iftar Bersama Petugas Op Taring Wawasan Kelantan di Sekatan Jalan Raya (JKR) Batalion 8 Briged Tenggara, PGA, Cabang Empat Salam, di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Rantau Panjang: Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan Kelantan merekodkan nilai rampasan sebanyak RM17.2 juta sejak Januari sehingga kelmarin.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar, berkata, nilai rampasan berkenaan membabitkan keseluruhan 360 kes.
Katanya, selain rampasan, seramai 340 tangkapan dilakukan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati).
"Manakala, sepanjang tahun lalu pula, kita berjaya merekodkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM119 juta.
"Jumlah itu membabitkan 1,252 kes dan 1,741 tangkapan turut dilakukan," katanya pada sidang media ketika Majlis IftarBersama Petugas Op Taring Wawasan Kelantan di Sekatan Jalan Raya Batalion 8 Briged Tenggara, PGA, di sini, malam tadi.
Ketika ditanya kawalan sepanjang Ramadan, Sheik Azhar berkata, pihaknya sentiasa memperketatkan kawalan sempadan menerusi pelbagai kaedah.
"Macam-macam cara kita buat untuk mengawal sempadan, kita ada pos statik, sekat pintas dan lima sekatan jalan raya yang mampu mengurangkan kegiatan penyeludupan khususnya dadah dan Pati," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m172-juta-tahun-ini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|