CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7383|Reply: 0

[Kelantan] 'Skuad' air balang infak curi tumpuan

[Copy link]
Post time 21-3-2024 07:26 AM | Show all posts |Read mode
'Skuad' air balang infak curi tumpuan



BERNAMA



PRESIDEN Kelantan Custom Rare Shazwan Saupi (kanan) bersama ahli kelab bergerak ke lokasi pilihan bagi mengagihkan bungkusan air minuman yang digelar ‘i-Phoso’ di sekitar Kota Bharu. Sejak awal Ramadan kehadiran ahli kelab ini yang menaiki motosikal Honda C70 lampu bulat di beberapa lokasi di Tumpat dan Kota Bharu sentiasa mencuri tumpuan serta dinanti-nantikan orang ramai. Mereka datang bukan dengan tangan kosong atau sekadar memperagakan motosikal berkenaan sebaliknya membawa amanah besar oleh pelbagai pihak yang menginfakkan air minuman untuk diagihkan kepada orang ramai khususnya golongan asnaf. FOTO BERNAMA



Kota Bharu: Sejak awal Ramadan, kehadiran empat sekawan yang menaiki motosikal Honda C70 lampu bulat di beberapa lokasi di bandar ini dan Tumpat sentiasa mencuri tumpuan serta dinanti-nantikan orang ramai.

Mereka datang bukan dengan tangan kosong atau sekadar memperagakan motosikal berkenaan, sebaliknya membawa amanah besar oleh pelbagai pihak yang menginfakkan air minuman untuk diagihkan kepada orang ramai, khususnya golongan asnaf.

Bercakap kepada Bernama, peniaga "i-Phoso" Shazwan Saupi, 40, berkata, setiap hari dia diamanahkan untuk mengagihkan lapan jenis air balang yang diinfakkan ke lokasi yang dikenal pasti.


SHAZWAN (kiri) bersama ahli kelab menunaikan amanah penginfak. FOTO BERNAMA
"Saya jual lapan jenis air balang berperisa buah seperti laici, tembikai, anggur dan mangga, setiap balang boleh menghasilkan kira-kira 70 bungkus air.

"Setiap hari saya terima kira-kira RM400 hasil sumbangan orang ramai yang mahu membantu golongan asnaf, sumbangan diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat, malah ada pihak dari Sarawak turut memberi sumbangan," katanya ketika ditemui di Taman Hijau, di sini.


SEBAHAGIAN bungkusan air minuman yang digelar "i-Phoso" yang diagihkan Kelantan Custom Rare di Pasir Pekan. FOTO BERNAMA

Bercerita lanjut, Shazwan berkata sebelum diagihkan, proses membungkus air berkenaan dilakukan di gerainya di Pasir Pekan, Tumpat.

"Gerai dibuka bermula 3 petang, selepas proses membungkus siap, kebiasaan saya bersama tiga lagi rakan akan membawa air menggunakan Honda C70 lampu bulat dengan sedikit ubah suai bahagian belakang untuk meletakkan air untuk diagih-agihkan.

"Lokasi bergantung kepada permintaan atau cadangan sebagai contoh selain Taman Hijau, kami juga buat agihan di sekitar Pasir Pekan, Kampung Laut, dari rumah ke rumah serta orang ramai yang lalu di hadapan gerai kami," katanya.


SEBAHAGIAN daripada lapan jenis air berperisa buah sumbangan penginfak untuk diagihkan kepada orang ramai. FOTO BERNAMA
Menurut Shazwan, dia menggunakan media sosial seperti TikTok dan Facebook untuk menguar-uarkan aktiviti mereka itu.

"Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat baik, ramai yang menghulurkan sumbangan.

"Selain air balang, ada juga pihak yang minta kami belikan beras atau nasi untuk diagih-agihkan," katanya.



Disiarkan pada: Mac 21, 2024 @ 7:01am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.056829 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list