|
Kerja pemasangan landasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kuantan Port City ke Dungun, Terengganu siap sebulan lebih awal daripada dijadualkan. - Foto MRL
KUANTAN: Kerja pemasangan landasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi fasa pertama dari Kuantan Port City (KPC), Pahang ke Dungun, Terengganu sejauh 92 kilometer (km) bagi jajaran utama siap sebulan lebih awal daripada dijadualkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata mesin pemasangan trek model 'CCPG-500A' yang canggih serta julung kali diguna pakai dalam industri rel di Malaysia secara purata memasang landasan sepanjang 1.5 km hingga dua km sehari.
Katanya, ia seterusnya menyelesaikan pemasangan landasan dari KPC ke Dungun pada akhir Februari lalu.
"Perkembangan ini juga membolehkan proses pemadatan landasan dari KPC ke Dungun yang membabitkan mesin pemadat landasan dan mesin ballast regulator berjaya dilaksanakan sepenuhnya pada awal bulan ini.
"Justeru, kerja pemasangan landasan ECRL sudah memasuki fasa kedua sejak 9 Mac lalu yang membabitkan jajaran utama sepanjang kira-kira 90 km dari KPC ke Maran, Pahang," katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Projek ECRL, di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, sukarelawan MRL yang diterajui jabatan pihak berkepentingan membawa 30a nak yatim dan kakitangan dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitul Mukmin serta Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al Insyirah untuk sesi tazkirah, jamuan berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah.
Di samping itu, MRL juga mengambil inisiatif berkongsi rezeki dengan anak yatim yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Razali Kassim.
Sementara itu, Darwis berkata, kerja pembinaan jajaran ECRL di Pahang berjalan dengan lancar dan mencapai kemajuan sebanyak 58.97 peratus setakat Februari lalu, didokong oleh kerja terowong, pemasangan rasuk jejambat, pembinaan stesen dan pemasangan landasan.
Katanya, jajaran ECRL yang sepanjang 258 km di Pahang membabitkan pembinaan tujuh stesen iaitu stesen Cherating dan KotaSAS adalah untuk tujuan penumpang sahaja manakala stesen KPC, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Bentong adalah stesen gabungan penumpang dan kargo.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-siap-sebulan-awal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|